Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Setiap negara bertanggungjawab pertahan sistem perdagangan sejagat, tegas Chan Chun Sing

Ekonomi-ekonomi sedunia perlu memainkan peranan masing-masing serta tidak harus terjejas akibat pertikaian perdagangan antara Amerika Syarikat dengan China. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Oct 2020 05:37PM Dikemas Kini : 14 Oct 2020 08:52PM

SINGAPURA: Ekonomi-ekonomi sedunia perlu memainkan peranan masing-masing serta tidak harus terjejas akibat pertikaian perdagangan antara Amerika Syarikat dengan China.

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing berkata setiap negara, mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan sistem perdagangan sejagat.

Encik Chan berkata demikian semasa satu acara yang dianjurkan oleh kumpulan pemikir global, Institut Milken.

"Walaupun ekonomi Amerika Syarikat dan China membentuk sekitar lebih satu pertiga daripada GDP global, dua pertiga ekonomi yang lain mempunyai tanggungjawab bersama untuk berganding bahu dan memastikan peraturan-peraturan itu adalah baik untuk semua pihak.

"Ia bukan sahaja tanggungjawab pentadbiran Amerika Syarikat dan China untuk mempertahankan dan mengemas kini sistem dagangan, tetapi dua pertiga dunia yang lain termasuk Asia dan Asia Tenggara ada peranan dalam usaha ini.

"Saya berpendapat adalah perlu untuk kita memahami perkara ini dan juga bekerjasama untuk memainkan peranan kita supaya tidak terjejas akibat dinamik antara kedua-dua kuasa besar itu," ujar Encik Chan.

Encik Chan turut menggesa pelaksanaan sistem dagangan berdasarkan peraturan global bagi industri-industri digital demi membantu pemulihan ekonomi secara meluas. 

Sumber : CNA/AI/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan