Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Setiap isi rumah terima baucar CDC S$300 tahun depan

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Dec 2022 08:00PM Dikemas Kini : 20 Dec 2022 09:34PM
SINGAPURA: Hampir 90 peratus atau S$218 juta baucar CDC yang diagihkan sejak dua tahun lalu sudah dibelanjakan.

Ia digunakan di lebih 20,000 perniagaan runcit yang mengambil bahagian.

Sehingga bulan Disember ini, lebih 95 peratus daripada kesemua baucar yang diagihkan sudah dituntut.

Orang ramai ada sehingga 31 Disember 2022 untuk membelanjakan baucar-baucar tersebut.

Atau, mereka juga boleh mendermakan baucar-baucar tersebut kepada badan-badan kebajikan pilihan mereka daripada senarai di laman baucar CDC.

Satu lagi pengagihan berjumlah S$372 juta di bawah Skim Baucar CDC, akan dilancarkan Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong pada 3 Januari 2023 nanti.

Setiap isi rumah warga Singapura akan menerima baucar CDC bernilai S$300 tahun depan.

Menerusi agihan baucar itu, setiap warga Singapura boleh berbelanja S$150 di pasar-pasar raya yang mengambil bahagian, dan lagi S$150 di kedai-kedai dan pusat penjaja.
 
Sumber : CNA/DY/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan