Setiap isi rumah SG akan terima 6 kit ART bermula 17 Julai
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: iStock/Aleksei Bezrukov))
SINGAPURA: Mulai Isnin (17 Jul), setiap isi rumah di Singapura akan menerima enam kit ujian pantas antigen (ART), kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Ahad (16 Jul).
Pengagihannya akan dijalankan sehingga 30 September dan kit tersebut diambil dari bekalan negara yang disiapkan bagi mengurangkan kesan jika berlaku gangguan rantaian bekalan atau pemintaannya naik mendadak tambah MOH dalam satu kenyataan media.
Semua kit yang diagihkan itu boleh digunakan sehingga suku pertama 2024.
"Kit ART yang diagihkan dijangkakan luput pada suku pertama 2024," kata MOH.
Kementerian itu menambah bahawa kit ART itu boleh digunakan "sehingga akhir tahun", meliputi musim sejuk di hemisfera utara apabila virus penyakit berkaitan saluran pernafasan termasuk demam selesama dan COVID-19 mungkin lebih mudah menular di seluruh dunia.
"Ramai juga mengambil vaksinasi ke luar negara ketika tempoh ini dan kit tersebut akan membantu keluarga mengambil langkah berjaga-jaga tambahan jika perlu."
Dengan peralihan ke fasa endemik COVID-19, MOH menasihatkanwarga Singapura supaya mengambil langkah-langkah untuk melindungi diri mereka sendiri serta keluarga, terutama sekali golongan warga emas dan mereka yang mudah terdedah kepada penyakit.
Tambahnya, mereka yang diuji positif menggunakan kit ART, "harus menganggap diri mereka sebagai dijangkiti COVID-19".
Mereka harus mengelakkan berhubungan rapat dengan individu lain semasa masih mengalami gejala dan hanya kembali melakukan aktiviti biasa apabila tidak lagi bergejala.
"Jika seseorang itu perlu keluar semasa bergejala, mereka harus memakai pelitup ketika meninggalkan rumah, kurangkan berinteraksi bersama orang lain dan elak tempat-tempat sesak," kata MOH.
Mereka yang mudah terdedah kepada penyakit atau mengalami gejala jangkitan pernafasan yang berpanjangan atau bertambah teruk dinasihatkan berjumpa doktor.
"Kami menggalakkan individu yang layak agar mendapatkan dos vaksin yang disyorkan," kata MOH.
Ia juga menggesa individu berusia lima tahun dan ke atas yang belum mendapatkan perlindungan minimum vaksinasi COVID-19 supaya berbuat demikian.
Mereka berusia 60 tahun dan ke atas, serta mereka yang mudah dijangkiti penyakit, dinasihatkan suoaya mendapatkan suntikan penggalak vaksin bivalen kira-kira setahun selepas dos terakhir mereka.
"Mereka boleh mula mendapatkan suntikan penggalak vaksin bivalen lima bulan selepas dos terakhir mereka," kata MOH.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.