Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Setiap isi rumah diberi kit ujian pantas antigen COVID-19: Lawrence Wong

Setiap isi rumah di Singapura akan menerima kit ujian pantas antigen COVID-19 yang boleh digunakan di rumah.

Anggaran Waktu Membaca:
Setiap isi rumah diberi kit ujian pantas antigen COVID-19: Lawrence Wong

(Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 26 Jul 2021 06:29PM Dikemas Kini : 26 Jul 2021 06:30PM

SINGAPURA: Setiap isi rumah di Singapura akan menerima kit ujian pantas antigen COVID-19 yang boleh digunakan di rumah.

Pengerusi bersama pasukan bertindak Pemerintah bagi COVID-19, Encik Lawrence Wong mengumumkan demikian di Parlimen pada Isnin (26 Jul). Beliau berkata kit ujian itu akan diagihkan dahulu kepada isi rumah yang terletak berhampiran pasar-pasar yang mempunyai kelompok jangkitan besar.

Pengagihan itu kemudian diluaskan ke isi rumah yang lain, katanya dalam kenyataan menterinya.

"Tidak ada alasan untuk tidak menjalani ujian, memandangkan ujian kini lebih dimampui, mudah diakses dan digunakan berbanding sebelum ini," kata Encik Wong yang juga merupakan Menteri Kewangan.

Kit ujian swab dari hidung itu juga, katanya, boleh perolehi dari semua kedai runcit.

Encik Wong berkata Pemerintah turut akan memperkenalkan kaedah ujian yang baru termasuk pemantauan air sisa di estet-estet perumahan serta ujian pernafasan di pusat-pusat pemeriksaan Singapura.

Ujian-ujian pernafasan juga akan dilakukan di Parlimen sebelum setiap sesi parlimen.

"Ujian secara kerap, dan kesedaran sosial untuk menjalankan ujian secara kerap, akan melindungi kita dan memastikan kita terus selamat sedang kita beralih ke norma baru," katanya.

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan