Setengah juta penduduk S'pura akan dapat akses bimbingan kesihatan & kesejahteraan jelang 2027
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Setengah juta penduduk Singapura tidak lama lagi boleh mendapat akses kepada pembimbing kesihatan dan kesejahteraan menjelang 2027.
Para penduduk juga boleh menikmati lebih banyak program kesihatan dan kesejahteraan yang bakal dilancarkan dalam tempoh enam bulan akan datang.
Ini menyusuli usaha Majlis Sukan Singapura untuk mengembangkan lagi khidmat-khidmat yang ditawarkan di bawah program Kesihatan Aktif.
Ia menerusi kerjasama strategik dengan enam lagi rakan-rakan kongsi penjagaan kesihatan, termasuklah Pejabat Transformasi Jagaan Kesihatan Kementerian Kesihatan (MOHT).
Ia bertujuan untuk memperkukuhkan lagi usaha mendekati dan melibatkan masyarakat yang sehaluan dengan matlamat strategi "Healthier SG".
Beberapa makmal Kesihatan Aktif baru juga akan dilancarkan di pusat-pusat sukan yang terletak di Canberra, Delta dan Punggol untuk menggalakkan lagi orang ramai untuk mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat.

Sumber : CNA/IA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.