Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Setem khas sempena ulang tahun ke-50 CNB mula dijual

SingPost mengeluarkan set setem bagi memperingati ulang tahun ke-50 penubuhan Biro Narkotik Pusat (CNB) yang mula dijual hari ini (7 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Setem khas sempena ulang tahun ke-50 CNB mula dijual

Salah satu setem khas sempena ulang tahun ke-50 CNB. (Gambar: SingPost)

Diterbitkan : 07 Dec 2021 07:46PM Dikemas Kini : 07 Dec 2021 07:52PM

SINGAPURA: SingPost mengeluarkan set setem bagi memperingati ulang tahun ke-50 penubuhan Biro Narkotik Pusat (CNB) yang mula dijual hari ini (7 Dis).

Set yang mengandungi tiga setem itu memaparkan mesej-mesej antidadah, termasuk hentikan salah guna dadah, katakan tidak pada dadah dan dadah memusnahkan kehidupan.

Setem-setem itu berharga 30 sen, 90 sen dan S$1.40, menurut SingPost.

"Mesej-mesej ini adalah satu peringatan tentang komitmen CNB ke arah Singapura yang bebas dadah, di mana semua orang boleh hidup, bekerja dan bermain dengan selamat," menurut SingPost dalam satu kenyataan media.

Set setem peringatan itu dilancarkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong semasa Acara Ulang Tahun CNB50 yang diadakan di Hotel Goodwood Park pada Selasa.

Sampul pek itu memaparkan Pasukan Petugas Khas CNB lengkap dalam seragam mereka.

Pek tersebut juga mengandungi kisah perjalanan CNB dalam memerangi najis dadah di Singapura, termasuk penubuhan CNB dan peranannya selama 50 tahun ini.

Setiap pek cenderahati itu berharga S$5.10.

Setem tersebut termasuk sampul hari pertama dijual di semua pejabat pos, kedai filatelik dan secara online. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan