Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Setem keluaran khas SingPost bagi iktiraf, raikan budaya penjaja S'pura mula dijual hari ini

Singapore Post (SingPost) pada Jumaat (26 Mac) mendedahkan satu set setem keluaran khas bagi meraikan dan mengiktiraf budaya penjaja Singapura sebagai Warisan Budaya Tidak Ternilai UNESCO. 

Anggaran Waktu Membaca:
Setem keluaran khas SingPost bagi iktiraf, raikan budaya penjaja S'pura mula dijual hari ini

(Gambar: SingPost)

Diterbitkan : 26 Mar 2021 02:50PM Dikemas Kini : 26 Mar 2021 02:52PM

SINGAPURA: Singapore Post (SingPost) pada Jumaat (26 Mac) mendedahkan satu set setem keluaran khas bagi meraikan dan mengiktiraf budaya penjaja Singapura sebagai Warisan Budaya Tidak Ternilai UNESCO.

Empat setem itu memaparkan pemandangan dan suasana pusat penjaja termasuk para penjaja yang sedang menyediakan makanan dan minuman, orang ramai yang sedang menjamu selera di pusat penjaja, hidangan penjaja yang menyelerakan dan juga pusat penjaja yang popular di merata negara ini.

Pengiktirafan UNESCO pada 16 Dis tahun lalu - yang pertama buat negara ini - sekali gus mengangkat budaya penjaja Singapura sebaris dengan amalan-amalan budaya lain yang terkenal di dunia.

Menurut naib presiden kanan rangkaian pejabat pos, khidmat kewangan dan setem SingPost, Cik Marjorie Ooi, pengiktirafan tersebut disifatkan sebagai "sesuatu yang sangat membanggakan bagi seluruh rakyat Singapura".

"Makanan adalah sebahagian besar daripada cara hidup Singapura dan pusat penjaja sangat popular di Singapura," tambahnya.

"Maka itu, ia menjadi satu perkara yang semula jadi untuk terus memelihara dan mengekalkannya sebagai warisan kita supaya dunia dapat mengenali keunikan Singapura dan kita meraikan pencapaian ini dengan satu set setem yang cantik, memaparkan kepelbagaian budaya penjaja kita."

Setem-setem itu berharga antara S$0.30 dan S$1.40, manakala bagi keluaran khas pula, setem-setemnya berharga S$4.80 dan S$5.85 bagi pek-pek cenderahati yang mula dijual hari ini.

Ia boleh dibeli mulai Jumaat di semua pejabat pos dan kedai setem serta kedai online SingPost.  

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan