Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Setem baru dilancar bagi peringati pendatang awal S'pura

Satu set setem bagi memperingati empat jenis perniagaan awal Singapura dilancarkan oleh Singapore Post (SingPost) hari ini (18 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Setem baru dilancar bagi peringati pendatang awal S'pura

(Gambar: Singpost)

Diterbitkan : 18 Apr 2018 03:56PM Dikemas Kini : 18 Apr 2018 03:58PM

SINGAPURA: Satu set setem bagi memperingati empat jenis perniagaan awal Singapura dilancarkan oleh Singapore Post (SingPost) hari ini (18 Apr).

Setem-setem itu memaparkan wanita samsui, kontinjen polis Sikh, orang laut dan buruh kasar.

Wanita samsui sering dilihat di tapak-tapak binaan di Singapura dari pertengahan tahun 1930-an dengan skarf warna merah yang begitu ikonik. Kebanyakan mereka datang ke Singapura dari daerah Sanshui di wilayah Guangdong di bahagian selatan China.

Wanita samsui sering dikaitkan dengan sikap berjimat cermat dan mereka merupakan para individu yang begitu bertekad untuk sama-sama membantu membina prasarana Singapura.

Orang Laut pula adalah mereka yang menyara hidup sebagai nelayan, dan pengemudi bot. Mereka adalah antara pendatang awal ke Singapura sebelum zaman penjajahan.

Golongan buruh kasar pula membentuk tenaga kerja Singapura semasa zaman penjajahan. Mereka sering bekerja di lombong, pelabuhan, ladang, tapak binaan dan juga sebagai penarik beca. Kebanyakan mereka adalah para pendatang dari China yang cuba mencari kehidupan yang lebih baik di Singapura.

Kontinjen polis Sikh pula terdiri daripada para pegawai dari Punjab, India yang direkrut sebagai pegawai polis dan kakitangan keselamatan di Negeri-Negeri Selat.

Kontinjen tersebut ditubuhkan di Singapura pada 1881 dan amat dihormati oleh polis British sehinggalah ia dibubarkan pada 1945.

Setem-setem baru ini boleh dibeli di semua pejabat pos dan dijual berdasarkan kiriman tempatan dan pada harga S$0.60, S$0.90 dan S$1.30.

Setem-setem itu adalah hasil cetusan idea Cik Lim An-ling.

Ia juga boleh dibeli di Philatelic Store @ GPO, Muzium Filateli Singapura dan kedai online SingPost.  

Sumber : CNA/SM/aq

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa