Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Setahun selepas kes bunuh pelajar di sekolah, RVHS tambah jumlah kaunselor, ada hab kesejahteraan mental

Setahun selepas berlaku kejadian malang di Sekolah River Valley High (RVHS) pada 19 Julai, yang melibatkan pembunuhan seorang pelajar Menengah 1, sekolah itu mempertingkatkan sokongan bagi pelajarnya, termasuk mempunyai lebih ramai kaunselor dan hab sehenti bagi khidmat kesejahteraan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Jul 2022 07:08PM Dikemas Kini : 16 Jul 2022 09:38PM

SINGAPURA: Setahun selepas berlaku kejadian malang di Sekolah River Valley High (RVHS) pada 19 Julai, yang melibatkan pembunuhan seorang pelajar Menengah 1, sekolah itu mempertingkatkan sokongan bagi pelajarnya, termasuk mempunyai lebih ramai kaunselor dan hab sehenti bagi khidmat kesejahteraan.

Ia adalah sebahagian usaha berterusan untuk mengenal pasti pelajar dan kakitangannya yang memerlukan sokongan sosioemosi, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) dalam satu kenyataan pada Sabtu (16 Jul).

Menurut MOE: "Pihak sekolah telah menambah sumber dengan lebih ramai kaunselor dan mengadakan ceramah kesedaran kesejahteraan mental bagi pelajar.

"Para guru juga secara aktif mendampingi  pelajar yang mempunyai keperluan sosioemosi dan pembelajaran yang berbeza dan berusaha mewujudkan sekitaran yang penyayang di sekolah."

Sekolah itu juga menubuhkan sebuah hab pembangunan pelajar yang menawarkan akses sehenti kepada khidmat kesejahteraan dan sebuah pusat aktiviti untuk menyediakan lebih ruang bagi aktiviti yang diterajui  pelajar.

"Semua langkah ini mempunyai kesan positif terhadap pelajar RVHS," menurut MOE.

Sekolah itu juga bekerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa-Guru untuk menganjurkan ceramah dan bengkel bagi ibu bapa untuk berkongsi tips dan nasihat dalam bidang menyokong kebajikan anak-anak mereka.

"Kami maklum bahawa ia akan mengambil masa sebelum masyarakat RVHS dapat pulih sepenuhnya. MOE dan seluruh masyarakat pendidikan memberikan sokongan sepenuhnya kepada RVHS," menurut MOE.

"Kami akan terus bekerjasama rapat dengan sekolah itu bagi mengenal pasti mereka yang memerlukan bantuan dan memberikan sokongan sewajarnya kepada mereka," menurut MOE lagi.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan