Sesi Rangkaian YOUth@M³ himpunkan dan perkasa 400 belia punyai cita-cita tinggi
Anggaran Waktu Membaca:

Hampir 400 belia menyertai Sesi Rangkaian YOUth@M³ yang dianjurkan sempena kempen Raikan Ilmu pada Julai ini. (Gambar: MENDAKI)
SINGAPURA: Pelbagai nasihat, pengetahuan tentang bidang-bidang dan laluan kerjaya dapat ditimba hampir 400 belia, ibu bapa dan pemimpin masyarakat dalam Sesi Rangkaian YOUth@M³.
Lebih 15 anggota Rangkaian Karyawan MENDAKI dalam sektor perbankan dan kewangan, perundangan serta media berkongsi perjalanan peribadi masing-masing dalam kerjaya mereka.
Dalam pada itu, mereka turut membentangkan beberapa perkembangan industri masing-masing dan nasihat praktikal bagi belia-belia yang berminat untuk menceburi bidang tersebut.
Antara yang sudi meluangkan masa bagi acara itu ialah Pengurus Arkitek Program di YouthCorps, Nazihah Shukran.
Bagi dirinya, ini juga satu cara beliau boleh hulurkan sokongan bagi generasi pelapis.
"Saya percaya sokongan boleh wujud dalam pelbagai bentuk. Dengan menghubungkan diri dengan orang-orang daripada pelbagai latar belakang, kerjaya dan generasi, kita boleh belajar daripada satu sama lain dan meneroka cara untuk merealisasikan aspirasi belia-belia kita. Dalam pengalaman saya bekerja dengan orang muda, mereka boleh meraih banyak manfaat daripada galakan kukuh oleh masyarakat dan pertubuhan dalam mengasah bakat dan kekuatan mereka," kata Cik Nazihah, 27 tahun.
PERKASA BELIA BERWAWASAN TINGGI
Sesi Rangkaian YOUth@M³ merupakan antara acara di bawah kempen Raikan Ilmu oleh MENDAKI.
Ia bertujuan untuk memperkasa para belia untuk mempunyai cita-cita yang tinggi, membantu dalam laluan kerjaya dan perjalanan peribadi mereka serta menyokong usaha-usaha membantu para pelajar di 11 M³@Bandar.

Pemangku Menteri bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Faishal Ibrahim yang turut hadir di sesi tersebut menyifatkan perkongsian dan perbincangan mengenai hal berkenaan adalah bagi masa hadapan masyarakat.
Menerusi satu catatannya di Facebook, Dr Faishal berkata, "Di Sesi Rangkaian YOUth@M³, saya menyertai para pelajar dan ibu bapa mereka untuk merangka pelan tindakan yang bertujuan menyokong belia kita dalam mencapai aspirasi mereka. Kami juga berbincang tentang bagaimana mereka boleh mencurah bakti kepada masyarakat dengan menjadi peran contoh dan memberi bimbingan kepada rakan-rakan mereka"
"Perbincangan seperti ini penting dalam mempersiapkan masyarakat Melayu/Islam untuk masa hadapan. Ia mencetus idea baharu, memperdalam perkongsian dan membina rasa tanggungjawab bersama bagi kemajuan kita," kata Dr Faishal.
BERI INSPIRASI BUAT PARA BELIA
Bagi para peserta belia, ini merupakan peluang untuk bertemu dengan para individu yang boleh menjadi sumber inspirasi bagi mereka.

Salah seorang peserta belia, Amir Sufyan Arman berkata, "Saya telah belajar banyak perkara dan bertemu dengan individu-individu menarik di Sesi Rangkaian YOUth@M³. Kunjungan ke pameran-pameran Persidangan Masyarakat Gemilang yang memaparkan kemajuan masyarakat Melayu/Islam memberi saya inspirasi untuk menyumbang kepada pertumbuhan dan kejayaan masyarakat kita"
Penuntut jurusan Sosiologi di NUS itu menambah, "Saya bertemu banyak individu menarik seperti seorang peserta maraton yang menjadi sukarelawan di Majlis Belia Kebangsaan dan memberi inspirasi buat saya untuk menjadi pemimpin masyarakat serta rakan-rakan yang mempunyai minat mendalam dalam kerjaya memelihara budaya kita"
Sesi Rangkaian YOUth@M³ itu diadakan Pusat Konvensyen dan Ekspo Sands pada Sabtu (5 Jul).
Banyak lagi acara Raikan Ilmu boleh disertai masyarakat sepanjang Julai ini termasuk pameran kerjaya, bengkel serta aktiviti-aktiviti menarik untuk kanak-kanak di tiga kawasan kejiranan.

Sumber : BERITA Mediacorp/iz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.