Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sesi Lawatan Menteri Bertemu Rakyat kembali diadakan; tinjau inisiatif mesra demensia

Anggaran Waktu Membaca:
Sesi Lawatan Menteri Bertemu Rakyat kembali diadakan; tinjau inisiatif mesra demensia

Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong berkunjung ke Yio Chu Kang pada 30 Oktober 2022. (Gambar: Raj Nadarajan/TODAY)

SINGAPURA: Sesi Lawatan Menteri Bertemu Rakyat kini kembali diadakan selepas pandemik.

Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong berkunjung ke Yio Chu Kang pada pagi Ahad (30 Okt) bagi meninjau pelbagai inisiatif mesra demensia di kawasan undi tersebut.

Ia sekali gus menandakan bermulanya siri lawatan ke pelbagai kawasan undi oleh barisan kepimpinan 4G.

Warga senja yang hidup sebatang kara, kini tidak perlu bimbang.

Cukup dengan menekan butang di dalam flat, bantuan akan segera tiba.

Butang kecemasan peribadi itu merupakan antara ciri yang terdapat di kawasan undi ini, yang ingin menjadi kejiranan mesra demensia pertama di Singapura.

Sebuah pusat jagaan untuk warga senja yang baru kendalian AWWA juga bakal tersedia tidak lama lagi, untuk merintis khidmat bantuan kehidupan untuk warga senja.

Turut dirancang, hiasan dinding serta zon-zon berlainan warna bagi membantu warga lanjut usia mencari jalan.

Semasa meninjau pelbagai kemudahan tersebut, DPM Lawrence Wong berkata, kunjungan oleh barisan menteri akan memberi tumpuan kepada usaha para rakan kongsi masyarakat.

Ini termasuk sekolah-sekolah, agensi-agensi sosial serta persatuan-persatuan agama, dan bukan lagi tertumpu pada peringkat akar umbi saja.

"Kami ingin kukuhkan kerjasama dengan para pemegang taruhan, mencari cara bagaimana pelbagai projek dari bawah atau yang dilakukan oleh pertubuhan masyarakat yang berbeza, dapat dipertingkat. Atau mengenalpasti amalan-amalan terbaik yang dapat diperluas ke seluruh Singapura," kata Encik Wong.

Tambah Encik Wong, kecuali Disember nanti, siri mendampingi masyarakat itu akan diadakan dua minggu sekali, hingga September 2023.

Para pemimpin generasi ke-4 (4G) juga akan membincangkan inisiatif Melakar Hala Tuju Singapura bersama para penduduk.
Sumber : CNA/IQ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan