Sesetengah tempat kerja bersikap 'sambil lewa' walaupun jumlah kes COVID-19 melonjak
Anggaran Waktu Membaca:
Semakin ramai pekerja kembali ke pejabat pada era pasca pandemik. (Gamba fail: iStock)
SINGAPURA: Selepas sembuh daripada sakit, Alicia pulang ke pejabat - namun beliau kemudian mempunyai kontak dengan rakan sekerjanya yang dijangkiti COVID-19.
Selepas meluangkan masa beberapa jam bersama, Alicia jatuh sakit sekali lagi.
Beliau percaya ia "berkemungkinan besar" jangkitan daripada rakan sekerjanya dan ternyata, beliau diuji positif bagi COVID-19 dan terpaksa mengambil cuti sakit selama empat hari.
Syarikatnya membenarkan para pekerja yang dijangkiti COVID-19 untuk bekerja dari rumah atau mengambil cuti sakit tanpa perlukan sijil perubatan.
Rakan sekerjanya, bagaimanapun tidak melakukan ujian COVID-19 dan hadir ke tempat kerja kerana beliau berasa lebih sihat. Tiada juga sebarang "peraturan tegas" yang menyatakan mereka yang sakit tidak harus ke pejabat.
Ini sekali gus mencerminkan norma baharu di Singapura, di mana COVID-19 dianggap sebagai endemik.
Pada minggu antara 27 April dengan 3 Mei, jumlah kes meningkat kepada 14,200 daripada 11,100 pada minggu sebelumnya.
Agensi Penyakit Berjangkit (CDA) Kementerian Kesihatan menyatakan varian yang menular tidak mudah dijangkiti mahupun memudaratkan.
Kementerian Tenaga Manusia (MOM) telah menggugurkan semua langkah pengurusan selamat pada Februari 2023.
Pemakaian pelitup dan ujian COVID-19 tidak lagi diperlukan, walaupun para majikan boleh melaksanakan langkah mereka sendiri.
SEPERTI SELESEMA BIASA
Ramai pekerja yang ditemui Mediacorp berkata tempat kerja mereka mengamalkan sikap lebih santai.
Jasmine, yang bekerja dalam sektor pengangkutan berkata para kakitangan "sangat digalakkan" untuk duduk rumah jika mereka berasa kurang sihat.
Walaupun beliau mengambil cuti sakit selepas dijangkiti COVID-19 baru-baru ini, beliau melihat sesetengah rakan sekerjanya tetap datang ke pejabat tanpa memakai pelitup walaupun mereka mengalami gejala selesema.
"Dihukum kerana tidak pulang ke tempat kerja - saya rasa ia adalah sesuatu yang mungkin menjadi tanggapan orang ramai, walaupun mereka (majikan) tidak akan melakukan demikian," kata Jasmine, 50 tahun.
"Tetapi dalam apa jua keadaan, COVID-19 kini dianggap sebagai selesema biasa."
David yang bertugas dalam bidang kewangan, dijangkiti semasa gelombang penularan pada Mei lalu, apabila hampir sepertiga rakan pejabatnya jatuh sakit.
Beliau juga tidak melakukan sebarang ujian.
"Saya berasa sihat... dan leceh sekali untuk keluar rumah dan mendapatkan kit ujian.
Lagipun, apa akan jadi jika ia COVID, betul tak?" kata David, 28 tahun sambil menambah bahawa beliau kini menganggap virus itu "serupa dengan selesema".
Sesetengah pekerja pula berkata sikap sambil lewa telah mencetuskan jangkitan di seluruh pejabat.
Seorang pekerja berkata syarikatnya tidak memerlukan mereka untuk mengambil ujian sebelum pulang bekerja, lantas menyebabkan ramai orang dijangkiti.
Ramai hanya diberikan cuti sakit selama tiga hari.
Beliau melindungi dirinya dengan memakai pelitup. "Itu sahajalah," katanya.
DASAR SYARIKAT
Kebanyakan syarikat yang dihubungi Mediacorp tidak mempunyai rancangan untuk menukar langkah berjaga-jaga sedia ada.
Di Ellerton & Co., pengarah syarikat Oliver Ellerton berkata COVID-19 dianggap "sama dengan jangkitan pernafasan lain"
Pekerja boleh bekerja dari rumah jika mereka cukup sihat atau mengambil cuti sakit.
Pengarah Urusan Kumpulan HR OCBC Ernest Phang berkata pekerja yang kurang sihat digalakkan supaya mendapatkan rawatan perubatan dan mengamalkan tanggungjawab peribadi dan sosial.
Ketua HR Standard Chartered Wong Yang-Sheng berkata pihak bank mempunyai kepercayaan bahawa para pekerjanya akan berehat di rumah jika tidak sihat dan memakai pelitup di pejabat.
Sementara itu, firma eko-pelancongan Big Tiny masih memerlukan kakitangan yang diuji positif bagi COVID-19 untuk menjalani pengasingan diri.
Ketua Pegawai Eksekutif Adrian Chia berkata mereka menyaksikan "peningkatan sederhana" dalam simptom seperti selesema tetapi tiada kes yang disahkan positif.
Mereka bersedia untuk melaksanakan semula langkah yang lebih ketat jika perlu.
TANGGUNGJAWAB SOSIAL
Dr Alex Cook, naib dekan penyelidikan di Sekolah Kesihatan Awam Saw Swee Hock NUS, berkata COVID-19 kini lebih seperti selesema biasa.
"Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa orang tetap maut akibat virus ini, jadi tanggungjawab sosial boleh menyelamatkan nyawa," katanya.
Beliau menyarankan pemakaian pelitup bagi mereka yang mengalami batuk atau selesema dan bersikap waspada ketika berada dengan golongan yang mudah dijangkiti.
Dr Cook juga mencadangkan tempat kerja menggalakkan vaksinasi rutin untuk virus seperti selesema dan COVID-19.
PERATURAN FLEKSIBEL
Para pakar HR juga berkata sikap tolak ansur tetap adalah penting.
Linda Teo, pengurus negara ManpowerGroup Singapore, berkata walaupun tanpa sekatan, lebih baik sekiranya kakitangan yang berasa kurang sihat duduk di rumah dan dapatkan nasihat perubatan jika perlu.
Wenna Lee dari Institut bagi Karyawan Sumber Manusia menambah dasar yang ketat dan menyeluruh seperti kerja dari rumah yang dikuatkuasakan tidak lagi berkesan.
Sebaliknya, syarikat harus mempertimbangkan langkah mengasingkan kelompok pekerja atau membenarkan pekerja untuk bekerja dari rumah ketika berlaku lonjakan dalam jumlah kes.
"Paling penting sekali, jangan menghukum para pekerja kerana melakukan perkara yang bertanggungjawab," kata Cik Lee.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.