Sesetengah syarikat kongsi e-skuter tetapkan usia minimum 16 tahun bagi pengguna
Syarikat-syarikat pengendali khidmat kongsi e-skuter melahirkan sokongan kepada saranan-saranan baru bagi menjadikan laluan pejalan kaki lebih selamat. Ini termasuk menetapkan usia minimum 16 tahun dan ujian teori wajib untuk para pengguna e-skuter.

Gambar fail alat PMD (Gambar: Mediacorp)
SINGAPURA: Syarikat-syarikat pengendali khidmat kongsi e-skuter melahirkan sokongan kepada saranan-saranan baru bagi menjadikan laluan pejalan kaki lebih selamat.
Ini termasuk menetapkan usia minimum 16 tahun dan ujian teori wajib untuk para pengguna e-skuter.
Sebahagian syarikat pengendali pula merancang meningkatkan langkah-langkah keselamatan dengan menggunakan teknologi untuk memastikan para pengguna e-skuter mengurangkan kelajuan atau berhenti apabila perlu.
Syarikat pemula tempatan, Beam, menyewakan alat mobiliti di hotel-hotel merata Singapura dan ia berharap untuk meluaskan khidmat tersebut.
Beam merupakan dalam kalangan pihak yang sudahpun memohon lesen bagi khidmat kongsi e-skuter di tempat-tempat awam baru-baru ini.
Syarikat tersebut sudahpun mula mereka kursus untuk mengajar para pengguna cara menggunakan e-skuter dengan selamat. Pihaknya juga memiliki teknologi untuk memastikan e-skuter miliknya tidak melebihi kelajuan 25 kilometer sejam.
Syarikat Neuron pula memiliki e-skuter dengan ciri-ciri keselamatan. Ia juga menetapkan had usia minimum pengguna e-skuter pada 16 tahun.
Syarikat GrabWheels pula mengalu-alukan perbincangan tentang cara-cara pelaksanaan langkah-langkah baru yang disarankan. Ini termasuk bagaimana syarat ujian teori itu boleh dilaksanakan.
Kementerian Pengangkutan menyatakan ia akan meneliti saranan-saranan yang dikemukakan sebelum memberikan responsnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.