Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sesetengah penduduk flat lama kurang peka terhadap risiko renjatan elektrik daripada pemanas air

Atas keprihatinan terhadap keselamatan keluarganya, seorang tukang paip menggesa keluarga Cik Joy Sim supaya menggantikan alat pemanas air yang sudah usang di rumah mereka dua tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Atas keprihatinan terhadap keselamatan keluarganya, seorang tukang paip menggesa keluarga Cik Joy Sim supaya menggantikan alat pemanas air yang sudah usang di rumah mereka dua tahun lalu. Namun, ia digantikan pula dengan alat pemanas air yang tidak dipasang dengan betul.

Salah satu alat pemanas air dalam tandas rumahnya dihidupkan menerusi kabel yang dihubungkan pada sebuah palam tiga pin yang dipasang pada soket kuasa di luar dapurnya.

Aturan itu serupa dengan yang dilihat dalam kes renjatan elektrik melibatkan sebuah alat pemanas air yang diketengahkan di mahkamah koroner pada minggu lalu.

Bercakap kepada Mediacorp sepanjang minggu lalu, beberapa penduduk yang tinggal di flat-flat HDB yang lama, terutama sekali yang dibina sebelum pemutus litar arus sisa (RCCB) diwajibkan di rumah-rumah baru mulai 1985, tidak menyedari bahawa dengan memasang alat pemanas air sedemikian ia boleh menyebabkan tragedi maut berlaku.

Sesetengah mereka juga mempunyai alat pemanas air segera yang tidak dipasang dengan betul. Alat-alat pemanas air itu digunakan untuk mandi di tandas.

Meskipun begitu, Cik Sim yang merupakan seorang pesara berusia 65 tahun tidak begitu bimbang tentang sebarang isu keselamatan melibatkan alat pemanas airnya yang baru.

Baginya, ia sudah selamat kerana saluran keluar kuasa alat pemanas air itu dihubungkan pada sebuah kotak panel elektrik dan ia dipasang oleh seorang pekerja rencam yang dipercayai.

Sebuah kotak opanel elektrik membekalkan elektrik ke setiap bahagian rumah di samping melindungi para pemilik menerusi fius atau pemutus litar yang dipasang.

Cik Sim tinggal bersama suami dan dua orang anak mereka di sebuah flat HDB di Hougang yang dibina pada awal 1980an.

Menurutnya: "Palam itu bukan di dalam tandas, jadi ia tidak akan basah. Tidak mengapa kerana setiap titik kuasa dihubungkan ke kotak panel elektrik tersebut.

"Jika apa-apa berlaku, pemutus litar akan terputus."

Namun, para pakar berkata ini tetap tidak selamat.

Apabila ditemu bual oleh Mediacorp, Encik Chan Chee Hin, seorang juruelektrik bertauliah berkata bahawa alat pemanas air yang dipasang di rumah Cik Sim - yang menggunakan soket kuasa dan bukannya suis dua kutub - menyebabkannya lebih berisiko terkena renjatan elektrik.

Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) memberitahu Mediacorp bahawa para pemilik rumah dinasihatkan supaya membeli alat pemanas air yang mengandungi tanda keselamatan dan memastikan ia tidak menggunakan palam tiga pin.

"Semasa ia dipasang, pastikan alat pemanas air elektrik itu dihubungkan dengan sebuah sumber tenaga berasingan dengan suisnya sendiri.

"Alat pemanas air itu seharusnya tidak dihubungkan dengan soket dinding atau kabel lanjutan kerana ia boleh menimbulkan bahaya disebabkan beban elektrik yang lebih tinggi," menurut EMA.

TIDAK SEDAR TENTANG KESELAMATAN ELEKTRIK

Kos merupakan salah satu sebab mengapa para penduduk memilih cara yang kurang selamat.

Sesetengah mereka juga tidak menyedari tentang risiko keselamatan, sambil berkata mereka tidak akan menggantikan alat pemanas air mereka melainkan jika ia rosak.

UJI PEMUTUS LITAR

"Para pemilik yang tinggal di flat-flat HDB yang dibina sebelum 1985 dinasihatkan supaya memeriksa kotak panel elektrik bagi memastikan ia dipasang dengan RCCB," menurut EMA.

Encik Chan menekankan pentingnya melakukan pemeriksaan untuk mengetahui sama ada RCCB berfungsi seperti yang diperlukan, bagi melindungi peralatan seperti alat pemanas air.

"Hidupkan alat pemanas air anda dan periksa jika ia berfungsi. Kemudian, tekan butang ujian pada RCCB anda. Jika alat pemanas air anda mati, ia berfungsi," katanya.

Menurut EMA, pemeriksaan RCCB harus dilakukan setiap bulan. Ia menambah bahawa ia akan mengagihkan risalah untuk membimbing setiap keluarga berbuat demikian menerusi bil api air SP Group pada tahun lalu.

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan