Sesetengah pembekal, restoran bimbang harga ayam itik akan naik susuli penularan selesema burung di Brazil
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Persatuan Pedagang Daging Singapura menyatakan ada kemungkinan berlakunya sedikit penangguhan kepada kiriman bekalan ayam ke Singapura.
Ini sedang para pengimport di sedunia mencari sumber altenatif menyusuli penularan demam selesema burung di Brazil.
Walaupun tidak dijangka mempunyai kesan besar terhadap Singapura persatuan itu menyatakan sesetengah pembekal dan restoran khuatir akan berlaku kenaikan harga.
Kedai nasi ayam ini mengimport separuh daripada bekalan ayamnya dari Brazil.
Sejak berlakunya penularan demam selesema burung di Brazil, pembekalnya mengatakan harga mungkin naik antara 10 hingga 15 peratus jika virus itu terus menular.
Kedai itu menyatakan, sekiranya berlaku, ia perlu menyerap kos tersebut.
Pemilik gerai Aspirasi Chicken Rice Nur'Ain Zainuddin berkata: "Kami tidak menimbang untuk menaikkan harga makanan kami kerana kami menjual nasi ayam dan harganya kini S$5 sepinggan.
"Dan berapakah harga yang pelanggan sanggup bayar untuk hidangan nasi ayam?
Kami tidak boleh menjualnya pada harga S$7 atau S$8. Mereka tidak akan beli.
"Kami menjual di pusat penjaja, kedai kopi. Jadi saya fikir, S$5 adalah harga maksimum bagi nasi ayam yang boleh kami jual. "
Persatuan itu, yang mewakili lebih 100 pembekal menyatakan, ia sudahpun berhubungan dengan pihak berkuasa Brazil.
Menurutnya, setakat pagi tadi, penyakit itu kekal terkawal.
Sungguhpun demikian, persatuan itu menyatakan adalah sukar untuk menjangkakan tentang kenaikan harga di tengah-tengah keadaan yang kian berubah-ubah.
Menurutnya lagi, kesan gangguan itu kecil jika dibandingkan dengan kejadian pada 2022 apabila Malaysia berhenti mengeksport ayam ke Singapura buat sementara waktu.
Presiden Persatuan Pedagang Daging berkata: "Terdapat perbezaan yang ketara kerana sebelum ini di Malaysia, berlaku larangan penuh.
"Jadi, kita kehilangan rakan dagangan kedua terbesar ayam itik semalaman. Ia gangguan yang agak besar.
"Namun sekarang, oleh kerana rancangan penyerantauan konkrit oleh SFA, maka tiada gangguan pada bekalan rantaian.
"Oleh itu, ia tidak boleh dibandingkan dengan larangan Malaysia itu."
Sungguhpun demikian, beliau berkata persatuan itu sudahpun berhubungan dengan negara-negara jiran seperti Thailand, Jepun dan Indonesia, yang bersedia menyediakan bekalan kepada Singapura jika perlu.

Sumber : CNA/AI/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.