Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sesetengah khidmat Grab tidak boleh diakses pengguna

Grab menyatakan sesetengah khidmatnya tidak boleh diakses pada pagi ini (16 Nov) dengan sebilangan pengguna di Singapura, Indonesia, Filipina dan Thailand mengadu bahawa aplikasinya tidang berfungi.

Anggaran Waktu Membaca:
Sesetengah khidmat Grab tidak boleh diakses pengguna

Gambar: iStock

Diterbitkan : 16 Nov 2021 11:08AM Dikemas Kini : 16 Nov 2021 11:10AM

SINGAPURA: Grab menyatakan sesetengah khidmatnya tidak boleh diakses pada pagi ini (16 Nov) dengan sebilangan pengguna di Singapura, Indonesia, Filipina dan Thailand mengadu bahawa aplikasinya tidang berfungi.

"Beberapa khidmat kami tidak boleh diakses buat masa ini. Kami sedang menelitinya dan akan memberi perkembangannya apabila aplikasi sudah berfungsi semula," menurut syarikat yang berpangkalan di Singapura itu dalam satu catatan Facebook sekitar 9.00 pagi.

Kenyataan itu juga dimuat naik ke laman rasmi Facebook GrabFood.

Pengguna yang terjejas menulis komen di laman Facebook Grab dari sekitar 8.00 pagi. Mereka berkata tidak boleh mencari lokasi dan membuat tempahan menerusi aplikasi itu.

Sesetengah pengguna juga berkata aplikasi itu bukan sahaja tidak boleh diakses penumpang tetapi juga pemandu yang tidak menerima tempahan.

Grab menyatakan ia sedang mengalami "sedikit masalah teknikal berhubung aplikasi kami" dalam menjawab rungutan pengguna tersebut.

"Jurutera kami sedang berusaha sedaya upaya untuk membaik pulih aplikasi itu. Harap sabar dan cuba lagi," menurut Grab lagi.

Apabila Mediacorp memerika aplikasi itu sekitar 9.00 pagi tadi, peta yang sepatutnya membolehkan pengguna memilih lokasi dan destinasi sebelum membuat tempahan kereta sewa sebaliknya menunjukkan mesej rosak dan maklumat tidak boleh diperolehi.

Mediacorp sudahpun menghubungi Grab untuk mengulas lanjut hal tersebut.

Platform itu beroperasi di lapan negara Asia Tenggara termasuk Kemboja, Malaysia, Myanmar dan Vietnam.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan