Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sesetengah jalan raya di kawasan Orchard ditutup pada malam Krismas

Beberapa jalan raya di kawasan Orchard akan ditutup pada malam Krismas (24 Dis) dari pukul 6.00 petang hingga 2.00 pagi pada keesokan hari (25 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Sesetengah jalan raya di kawasan Orchard ditutup pada malam Krismas

Orang ramai di Orchard Road pada 29 Mar 2022. (Gambar fail: CNA/Marcus Mark Ramos)

Diterbitkan : 20 Dec 2024 06:35PM Dikemas Kini : 20 Dec 2024 06:53PM
SINGAPURA: Beberapa jalan raya di kawasan Orchard akan ditutup pada malam Krismas (24 Dis) dari pukul 6.00 petang hingga 2.00 pagi pada keesokan hari (25 Dis).

Polis dan pengawal keselamatan turut akan dikerahkan bagi menangani jumlah pengunjung yang dijangka ramai di kawasan itu.

Kawasan jalan raya di Orchard Road antara Scotts Road dan Bideford Road akan ditutup.

Lagi dua jalan yang terletak bertentangan dengannya, juga akan ditutup.

Beberapa pegawai polis akan dikerahkan ke kawasan persimpangan jalan raya yang terjejas bagi mengawal lalu lintas dan membantu para pemandu.

Pihak polis juga akan meningkatkan rondaan di kawasan yang terjejas.

Pemeriksaan beg dan barangan peribadi mungkin akan dijalankan.

Penghadang keselamatan dan papan tanda arah akan diletakkan di sekitar kawasan Orchard.

Memandangkan stesen MRT Orchard dijangka sesak pada hari tersebut, pintu masuk dan keluar tertentu di stesen tersebut mungkin akan ditutup bagi mengawal aliran penumpang.

Orang ramai dinasihatkan supaya ke stesen MRT Somerset atau menaiki pengangkutan awam yang lain.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan