Sesetengah jalan raya akan ditutup bagi OCBC Cycle

(Gambar: OCBC Cycle)
SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) mengumumkan pada Jumaat (6 Mei) aturan trafik bagi acara berbasikal besar-besaran, OCBC Cycle, yang akan berlangsung pada hujung minggu ini.
Acara itu, yang kembali diadakan selepas dua tahun ditiadakan akibat pandemik COVID-19, akan diadakan di sekitar bahagian bandar dan kawasan Hab Sukan Singapura pada Sabtu (7 Mei) dan Ahad (8 Mei).
Penutupan jalan raya termasuk kawasan sekitar Stadium Drive, Bayfront Avenue, Nicoll Highway dan East Coast Parkway.
Para pegawai polis tambahan akan dikerahkan ke jalan raya dan lorong yang terjejas untuk membantu para pemandu dan melancarkan pergerakan trafik.
Sekatan tempat letak kenderaan di jalan raya yang terjejas juga akan dikuatkuasakan dengan ketat dan kenderaan-kenderaan yang didapati diletakkan secara haram atau menyebabkan halangan kepada pergerakan trafik akan ditunda, menurut polis.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.