Skip to main content

Singapura

Sesetengah jalan raya akan ditutup bagi mudahkan latihan NDP 2022 pada 18 Jun

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Beberapa jalan raya dan lorong akan ditutup kepada kenderaan pada Sabtu (18 Jun) untuk memudahkan latihan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) di Pentas Terapung Marina Bay.

Menurut pihak polis, penutupan jalan raya itu adalah untuk memberi laluan kepada latihan gabungan komponen 4 yang akan menjejas jalan raya dan lorong-lorong di sekitar Raffles Avenue, Republic Avenue, Republic Boulevard dan Raffles Boulevard.

Sebahagian besar penutupan jalan raya tersebut akan bermula pada pukul 7.30 pagi, dengan masa tamat yang berlainan untuk jalan raya dan lorong yang berbeza.

Semasa penutupan jalan raya itu, akses hanya akan diberikan kepada kenderaan yang dibenarkan serta kenderaan polis dan kenderaan kecemasan.

"Para pegawai polis tambahan dan marsyal daripada Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan dikerahkan ke persimpangan yang terjejas untuk membantu dan mengarahkan pemandu," menurut polis dalam kenyataan medianya pada Rabu (15 Jun).

Para pemandu harus merancang laluan mereka lebih awal dan mengelakkan jalan raya yang terjejas, menurut polis.

SPF menambah bahawa orang ramai yang melakukan perjalanan ke kawasan yang terjejas "amat digalakkan supaya menggunakan pengangkutan awam".

Para pemandu yang menuju ke Suntec City dan Marina Square dari Raffles Avenue, Raffles Boulevard dan Bayfront Avenue harus menggunakan laluan alternatif melalui Nicoll Highway atau Ophir Road yang menghala ke Temasek Boulevard.

Sekatan meletak kenderaan di jalan raya yang terjejas akan dikuatkuasakan dengan ketat. Kenderaan yang diletakkan secara sembarangan atau menghalang laluan trafik akan ditunda, menurut polis.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita