ServiceNow, Hab Pembelajaran NTUC sediakan kursus pembangunan kod jelang 2024
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Rakyat Singapura yang mahu memulakan kerjaya sebagai pembangun aplikasi kini boleh memanfaatkan satu kursus baharu khas bagi mereka yang tiada pengalaman dalam bidang tersebut.
Syarikat aliran kerja digital ServiceNow dan Hab Pembelajaran NTUC ingin melatih 1,000 penduduk tempatan menjelang 2024.
Kemahiran yang dipelajari akan membolehkan peserta menyumbang kepada transformasi digital di tempat kerja mereka.
ServiceNow dan Hab Pembelajaran NTUC memeterai satu perjanjian untuk menyediakan kursus pembangunan kod asas itu kepada orang ramai.
Aplikasi kod asas dibina dengan pengekodan yang minimum, dan boleh dibangunkan dengan lebih pantas sekali gus menjadikannya sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dalam bidang tersebut.
Para peserta boleh menggunakan kredit SkillsFuture untuk membayar kursus selama 20 jam ini.
Syarikat ServiceNow juga membantu syarikat-syarikat tempatan menjalani transformasi digital.
Syarikat-syarikat boleh menguji teknologi baru mereka di ruang-ruang yang tersedia di Pusat Inovasi ServiceNow yang baharu.
Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo berkata: "Ini adalah salah satu aspek yang paling berpotensi bagi AI generatif khususnya, bahawa kemahiran ini boleh diakses semua orang dan ramai lagi orang boleh memperolehinya dengan adanya bantuan. Dengan mengurangkan halangan kemasukan bagi mempelajari kemahiran teknologi, kami pastinya mahu melihat lebih ramai orang dapat mencipta huraian digital, jika bukan untuk majikan mereka, untuk syarikat mereka, malah dalam masyarakat mereka sendiri."

Sumber : CNA/AI/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.