Seruan bantu golongan kurang bernasib baik semakin penting, kata Dr Maliki
Membantu golongan yang kurang bernasib baik menjadi semakin relevan dan penting di tengah-tengah cabaran ketidaksamarataan.
SINGAPURA: Menteri Negara Kanan Ehwal Luar merangkap Pertahanan, Dr Mohamad Maliki Osman berkata seruan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik menjadi semakin relevan dan penting di tengah-tengah cabaran ketidaksamarataan yang lebih rumit sekarang.
Dr Maliki berkata demikian di majlis iftar anjuran kedutaan Amerika Syarikat malam ini (22 Mei). Ini merupakan tahun ke-16 iftar tersebut dianjurkan oleh kedutaan berkenaan.
Suasana mesra dan muhibah mewarnai majlis tersebut yang dihadiri ramai pemimpin Melayu/Islam tempatan dan kali ini dihoskan Timbalan Duta sementara Amerika Syarikat, Cik Stephanie Syptak-Ramnath.
Beliau berharap tradisi antara kedua-dua negara ini dapat diteruskan sebagai wadah untuk mengukuhkan lagi persabahatan dan kerjasama antara Singapura dan Amerika Syarikat.
Sambil akur bahawa bukan mudah untuk menangani perbezaan, Cik Syptah-Ramnath berkata beliau kagum akan semangat silaturrahim serta ikatan harmoni berbilang kaum dan agama yang lama wujud di sini.
"Kedutaan Amerika Syarikat sudah menganjurkan iftar pada setiap tahun, bermula dari tahun 2002, dan ia menjadi tradisi tahunan yang meriah bagi kami untuk berkongsi bersama masyarakat Singapura, menjelangnya bulan ini, dan apa yang menarik lagi ialah ia merupakan tradisi yang disambut oleh kedutaan di seluruh dunia," kata Cik Stephanie.
Majlis malam ini (21 Mei) turut dihadiri para pemimpin masyarakat dari berbilang kaum dan agama.
"Ini merupakan satu wadah ataupun peluang untuk mereka menguatkan lagi hubungan antara mereka, dan memahami, meningkatkan lagi persefahaman antara mereka, antara kaum berbilang bangsa mahupun negara, saya harap ini dapat terus diperluaskan supaya kita dapat terus memainkan peranan masing-masing, menguatkan hubungan antara satu sama lain," kata Dr Maliki.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.