Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sertai acara Walkathon Cabaran Presiden buat julung-julung kalinya dengan personaliti Mediacorp

Anggaran Waktu Membaca:
Sertai acara Walkathon Cabaran Presiden buat julung-julung kalinya dengan personaliti Mediacorp

Ben Yeo (kiri) dan Mike Kasem antara yang menyertai Walkathon Cabaran Presiden. (Gambar: Instagram/benyeo23, mikekasem)

SINGAPURA: Pernah terfikir untuk beramah mesra dan mendekati personaliti Mediacorp kegemaran anda sambil beramal?

Ini berita baik bagi anda: Anda kini boleh melakukan kedua-duanya sekali dan berjalan kaki di acara Cabaran Walkathon Presiden akan datang.

Berlangsung pada Ahad ini (6 Okt), acara julung-julung kalinya itu adalah acara berjalan berganti-ganti yang bermula dari Turning Point Halfway House pada pukul 7.30 pagi dan berakhir di Kampus Mediacorp - tepat masanya untuk menonton persembahan amal Malam Cabaran Presiden yang akan menampilkan penyanyi dari Ireland Ronan Keating tahun ini.

Mereka yang mahu turut serta dalam keseronokan itu pada Ahad ini boleh berbuat demikian di lima pusat beli-belah pada masa tertentu.

Setiap lokasi akan ada kumpulan berbeza personaliti yang menyertai acara walkathon itu.

Pusat beli-belah, masa untuk mula berjalan dan selebritinya ialah:

Northpoint (8.45 pagi): Pelakon Zhai Si Ming dan DJ Warna 942 A B Shaik

Hab AMK (11.15 pagi): Oli 968 DJ Vimala and penyampai berita 'Berita' Hakim Irwan

Lot One (12.30 tengah hari): Pelakon He Ying Ying dan DJ Gold 905 Mike Kasem

Westgate (5.15 petang): Pelakon Ben Yeo dan DJ 987 Gerald Koh

Funan (5.15 petang): Pelakon Juin Teh dan Paige Chua, serta DJ Love 972 Fenying

Mereka yang berminat mesti mendaftar sejam sebelum waktu untuk berjalan kaki di tempat permulaan masing-masing dengan mengimbas kod QR di lokasi tersebut.

Seramai 50 pemohon pertama yang mendaftar di setiap pusat beli-belah akan mendapat beg eksklusif dengan kemeja T, topi, tuala dan produk dari Salonpas, Kit Kat dan banyak lagi.

Sekiranya anda mahu beramal tetapi tidak dapat menyertai acara Walkathon itu, anda boleh menyumbang kepada Cabaran Presiden bermula sekarang hingga 13 Oktober.

Semua sumbangan derma akan disalurkan kepada 65 penerima bantuan di bawah Cabaran Presiden 2024.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan