"Serpihan mengandungi asbestos" dijumpai di Pulau Subar Besar
Kegiatan bulanan bagi kembara berpandu di Pulau Subar akan digantung pada bulan Mei dan Jun, setelah serpihan yang mengandungi asbestos dijumpai di beberapa kawasan di Pulau Subar Besar.

Taman Marin Pulau Subar. (Gambar: TODAY)
SINGAPURA: Kegiatan bulanan bagi kembara berpandu di Pulau Subar akan digantung pada bulan Mei dan Jun, setelah serpihan yang mengandungi asbestos dijumpai di beberapa kawasan di Pulau Subar Besar.
Dalam notis yang dimuat naik ke lamannya hari ini (19 Mei), Lembaga Taman Negara (NParks) menyatakan "serpihan yang mengandungi asbestos" dijumpai di "empat kawasan berasingan di tepi pantai lagun Pulau Subar Besar".
NParks menambah bahawa sebagai langkah berjaga-jaga, pantai yang terjejas sudah dikepung untuk menghapuskan asbestos.
"Kami menyasarkan kerja-kerja pembersihan itu selesai menjelang hujung bulan Jun 2018. Sementara itu, kegiatan bulanan bagi kembara berpandu di Pulau Subar akan digantung pada bulan Mei dan Jun 2018," menurut NParks.
Sebahagian Pulau St John's juga ditutup sehingga hujung tahun ini disebabkan asbestos yang dijumpai di tapak perkhemahan.
"Sedang siasatan dan kerja-kerja pembersihan dijalankan, jejak (trail) di Pulau St John's dan Pusat Pendampingan dan Pendidikan Taman Marin serta St John's Island Trail akan ditutup sehingga maklumat lanjut diberikan," tambah NParks.
Awal bulan ini, serpihan yang mengandungi asbestos juga dijumpai di sekitar lagun dan pantai Pulau Kusu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.