Skip to main content

Singapura

Seri Thera dari SP - Juara Keseluruhan Piala Suara Serumpun 2025

Anggaran Waktu Membaca:
Seri Thera dari SP - Juara Keseluruhan Piala Suara Serumpun 2025

Ini merupakan kali pertama Seri Thera dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan PSS25. (Gambar: Fatyn Abdul Samad)

SINGAPURA: Kumpulan dikir barat Seri Thera dari Politeknik Singapura muncul sebagai Juara Keseluruhan Piala Suara Serumpun 2025. 

Ini merupakan kemenangan sulung mereka dalam pertandingan berprestij ini.

Mereka mengatasi lagi 22 kumpulan lain daripada 11 Institusi Pengajian Tinggi (IHL) yang berentap bagi merebut gelaran tersebut.

“Ia sesuatu yang kami tidak jangkakan dan saya amat bangga dengan setiap usaha kumpulan ini telah berikan," kata ketua kumpulan Seri Thera, Nur Amalina.

Pertandingan PSS25 menghimpunkan sebanyak 23 kumpulan dikir barat daripada institusi-institusi pengajian tinggi. (Gambar: Fatyn Abdul Samad)

Sebagai Juara Keseluruhan Piala Suara Serumpun 2025, Seri Thera membawa pulang piala utama pertandingan serta pengiktirafan rasmi sebagai kumpulan dikir barat terbaik peringkat institusi tahun ini.

Pertandingan edisi ke-16 itu berlangsung pada Sabtu (11 Okt) di Teater Mediacorp. 

Ia turut disiarkan secara langsung di meWATCH dan saluran rasmi YouTube Mediacorp Entertainment.

Piala Suara Serumpun menghimpunkan bakat-bakat muda dari pelbagai institusi pasca menengah  termasuk politeknik, ITE dan universiti tempatan. 

Ia bertujuan memupuk semangat kesenian Melayu, memperkukuh hubungan antara pelajar serta memperkenalkan semula seni dikir barat kepada generasi baharu dalam konteks moden.

Kategori Wanita

Juara Berpotensi: Nuswidya

Karut Berpotensi: Dewi Samudera

Paluan Berpotensi: Adiratna

Seni Kata Berpotensi: Intan Sujana

Juara Terbaik: Seri Thera

Karut Terbaik: Nuswidya

Paluan Terbaik: Nira Nyertika

Awak awak Terbaik: Nira Nyertika

Seni Kata Terbaik Anugerah Tinta Kelkatu: Nuswidya

Busana Terbaik: Nira Nyertika

Anugerah Persembahan Pembukaan Terbaik: Seri Thera

Tempat Ketiga: Ardwinda

Tempat Kedua: Nuswidya

Tempat Pertama: Seri Thera

Kategori Lelaki

Juara Berpotensi: Nusa Sarjana

Karut Berpotensi: Adisiswa

Paluan Berpotensi: Kemudi Wilmana

Seni Kata Berpotensi: Nusa Sarjana

Juara Terbaik: Kemudi Wilmana

Karut Terbaik: Wira

Paluan Terbaik: Wira

Awak awak Terbaik: Wira

Seni Kata Terbaik Anugerah Tinta Kelkatu : Putra Adiwangsa

Busana Terbaik: Wira

Anugerah Persembahan Pembukaan Terbaik: Ardi Arjuna

Tempat Ketiga: Nusa Sarjana

Tempat Kedua: Kemudi Wilmana

Tempat Pertama: Wira

Piala Nayla (Lagu Terbaik Pilihan Juri): Seri Thera

Juara Keseluruhan: Seri Thera

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita