Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Serene Centre di Bukit Timah dijual pada harga S$105 juta, bakal jalani kerja ubah suai mulai April

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Penjualan Serene Centre pada harga S$105 juta diselesaikan pada Jumaat (23 Feb), dan pembangunan pelbagai fungsi bakal menjalani pembaharuan sepanjang setahun akan datang.

Pembelinya, iaitu keluarga Teo daripada Apricot Capital dan rakan perniagaannya, dengan pengendali ruang tinggal bersama The Assembly Place (TAP) akan dilantik sebagai pengurus aset, dedah syarikat perkhidmatan hartanah Cushman & Wakefield.

Pembangunan empat tingkat itu yang dibina pada 1980-an yang terletak di simpang antara Bukit Timah dengan Farrer Road, sebelum ini ditawarkan melalui tender pada 2022 dengan harga tempahan sebanyak S$120 juta. Tender tersebut ditutup tanpa sebarang pembida yang berjaya membelinya.

Serene Centre pada waktu ini mempunyai 30 kedai runcit dan unit Makanan dan Minuman (F&B) di paras bawah, dengan 10 apartmen di tingkat tiga dan empat.

"Pusat beli-belah itu akan menjalani peningkatan berbilion dolar untuk membawa konsep runcit baharu dan ruang tinggal bersama," umum TAP dalam kenyataan media berasingan pada Jumaat.

TAP menyatakan ia akan mengendali "peningkatan ruang runcit di dua tingkat pertama, serta mengubah apartmen penginapan di tingkat teratas kepada ruang tinggal bersama".

"Sebanyak 86 bilik apartmen sudah dirancang di tingkat teratas sebagai sebahagian daripada konsep tinggal bersama, disertai kemudahan yang dikongsikan dan kawasan berehat," tambahnya.

"Kerja-kerja penambah baikan akan bermula April ini, dengan sasaran untuk menyelesaikannya pada hujung suku pertama 2025," tambah TAP.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan