Skip to main content

Singapura

Serbuk klorin dibuang ke dalam saluran kumbahan di sekolah renang Happy Fish Jurong East

Reaksi kimia itu "mencetuskan percikan api" dan "dentuman kuat", menurut Encik Tan Jian Yong, pengasas Sekolah Renang Happy Fish di laman Facebooknya hari ini (6 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Serbuk klorin dibuang ke dalam saluran kumbahan di sekolah renang Happy Fish Jurong East

Salah satu kolam renang hi Sekolah Renang Happy Fish. (Gambar: Happy Fish Swim School)

Diterbitkan : 06 Mar 2021 10:29PM Dikemas Kini : 06 Mar 2021 10:31PM

SINGAPURA: Seorang pekerja penyenggaraan di sebuah sekolah renang di Jurong East membuang serbuk klorin ke dalam saluran kumbahan pada Jumaat (5 Mac), "tanpa menyedari" ia menyebabkan reaksi kimia, menurut pengasas sekolah itu.

Reaksi kimia itu "mencetuskan percikan api" dan "dentuman kuat", menurut Encik Tan Jian Yong, pengasas Sekolah Renang Happy Fish di laman Facebooknya hari ini (6 Mac).

Tiada pelajar berada di pemis tersebut semasa kejadian, kata beliau.

Tidak ada kecederaan dilaporkan dan kakitangan penyenggaraan itu dihantar ke hospital untuk diperiksa, tambah beliau.

"Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa kerana kami akur tanggungjawab kami di sini - untuk memastikan langkah berjaga-jaga tambahan bagi keselamatan kakitangan, pelajar dan orang awam." kata Encik Tan.

APA YANG BERLAKU?

Encik Tan berkata insiden itu berlaku sekitar pukul 8.30 malam di salah satu cawangan sekolah itu di Jurong East.

Menurut Encik Tan, sekolah itu mendapatkan khidmat sebuah syarikat pengurusan sisa setelah menyedari bau kuat dari tong klorin berkenaan, yang terdedah kepada udara lembab.

"Kakitangan penyenggaraan kami secara tidak sengaja tersilap dan mengambil inisiatif untuk membuang serbuk klorin tersebut ke dalam saluran kumbahan tanpa mengetahui yang ia akan menimbulkan masalah," kata Encik Tan.

"Klorin sangat reaktif kepada kuman, bakteria dan gabungan kimia-kimia lain yang terdapat dalam saluran kumbahan dan memang ia akan mencetuskan reaksi kimia," kata beliau.

"Bunyi kuat pula mengejutkan para penduduk berdekatan. Kami meminta maaf atas kejadiann itu."

Encik Tan berkata pihaknya segera menghubungi polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) selepas insiden itu.

OPERASI SEKOLAH TIDAK TERJEJAS

Menurut maklumat di lamannya, sekolah renang tersebut mempunyai lima cawangan di Singapura.

Menurut Encik Tan, sistem kolam renang dan premisnya tidak terjejas dan kelas akan diteruskan seperti biasa.

Encik Tan juga menggesa sesiapa yang terjejas akibat insiden itu supaya segera memaklumkan kepada sekolah tersebut.

Sementara itu, sekolah tersebut sudah mengarahkan syarikat pengurusan sisa supaya memindahkan tong klorin yang terjejas pada Isnin (8 Mac).

Tiada kerosakan dilaporkan pada sistem kumbahan dan siasatan lanjut masih dijalankan, kata Encik Tan.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita