Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Serbuk kanji kentang punca kebakaran, letupan di Tuas

Serbuk kanji kentang dikenal pasti sebagai punca letupan yang berlaku di sebuah bangunan perindustrian di Tuas pada Rabu (24 Feb), yang menyebabkan tiga pekerja maut dan tujuh yang lain cedera.

Anggaran Waktu Membaca:
Serbuk kanji kentang punca kebakaran, letupan di Tuas

Kerosakan di 32E Tuas Avenue 11, di mana kebakaran berlaku pada 24 Feb 2021 (Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 26 Feb 2021 08:55AM Dikemas Kini : 26 Feb 2021 08:57AM

SINGAPURA: Serbuk kanji kentang dikenal pasti sebagai punca letupan yang berlaku di sebuah bangunan perindustrian di Tuas pada Rabu (24 Feb), yang menyebabkan tiga pekerja maut dan tujuh yang lain cedera.

Siasatan awal mendapati bahawa kejadian di 32E Tuas Avenue 11 disebabkan oleh "letupan habuk yang mudah terbakar", menurut Pesuruhjaya Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSH) Silas Sng pada Khamis (25 Feb).

Beliau menambah bahawa habuk berkenaan adalah kanji kentang dalam bentuk serbuk. Syarikat itu - Stars Engrg - menggunakan serbuk kanji kentang untuk menghasilkan produk-produknya, kata Encik Sng.

Setakat Khamis malam, lima daripada pekerja yang cedera masih dirawat di hospital dan mereka dalam keadaan kritikal, manakala lagi dua sudahpun dibenarkan pulang.

BAGAIMANA ELAKKAN BERLAKU LETUPAN HABUK

Pesuruhjaya WSH pada Khamis menjelaskan bahawa habuk mudah terbakar boleh dijana semasa serbuk berkenaan dipindahkan, misalnya dari sebuah beg ke dalam mesin pengadun.

"Dalam jangka panjang, habuk boleh terkumpul di persekitaran sedemikian, terutama sekali jika pengudaraan tidak mencukupi atau sekiranya kawasan itu tidak dibersihkan dengan kerap," kata Encik Sng.

Maka itu, kawalan habuk merupakan salah satu langkah yang disarankan untuk mengurangkan risiko berlaku kebakaran.

Makluman Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyarankan supaya dipasang sistem pengudaraan ekzos di tapak kerja yang "dapat memerangkap habuk secara berkesan bagi mengelakkan penyebaran habuk mudah terbakar di tempat individu bekerja".

Sistem sedemikian boleh dipasang di tempat-tempat yang sesuai di mana bahan-bahan dipunggah atau dpindahkan, di samping "memastikan tiada rangkaian saluran yang luas, yang boleh menyebabkan bahan terbakar mudah merebak apabila berlaku letupan" dalam sistem pengudaraan, menurut MOM.

MOM juga menyarankan supaya sistem pengumpulan dan penapisan habuk dibersihkan dan diselenggara, dengan kaedah pembersihan menggunakan pembersih vakum atau dilap basah lebih disarankan berbanding kaedah menyapu. "Kaedah menyapu boleh menyebabkan zarah habuk berterbangan," tambah kenyataan MOM itu.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan