Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Serbuan antidadah di kelab malam SG mula gunakan kit ujian air liur

Anggaran Waktu Membaca:
Serbuan antidadah di kelab malam SG mula gunakan kit ujian air liur

Gambar: Ili Nadhirah Mansor/TODAY

Diterbitkan : 02 Apr 2023 05:15PM Dikemas Kini : 02 Apr 2023 05:16PM
SINGAPURA: Satu kit ujian baru menerusi air liur telah digunakan buat kali pertamanya dalam siri serbuan anti-dadah di kelab-kelab malam di Singapura.

Ujian itu dapat mengesan dalam masa hanya beberapa minit saja, jika seseorang mengambil dadah.

Ia mula digunakan di pusat-pusat pemeriksaan dan operasi sekatan jalan raya pada tahun ini.

Sejak langkah menarik balik semula sekatan COVID-19, kelab-kelab malam di Singapura kembali rancak, serta sesak dengan para pengunjung.

Dalam kalangan ratusan pengunjung kelab malam tersebut, adalah para pegawai polis yang menyamar untuk mencari dadah terlarang.

Ujian mengesan penggunaan dadah seperti ganja kini lebih mudah, dengan adanya kit ujian baru menggunakan air liur.

Ia melibatkan proses mencalit lidah serta bahagian dalam pipi suspek.

Hasil ujian boleh diketahui dalam masa 10 minit, dengan menggunakan peranti mudah alih.

"Operasi kami membantu usaha melenyapkan dadah daripada jalanan, daripada kelab malam dan pesta-pesta. Para pegawai kini boleh dikerahkan serta merta bagi menyokong faktor lain dalam membuat keputusan untuk menahan seseorang," kata Lim Sze Yuk, Ketua Divisyen G Penguatkuasaan Biro Narkotik Pusat (CNB).

Jika seseorang diuji negatif, dia akan ditahan untuk ujian air kencing bagi pengesahan.

Para pegawai yang terlibat dalam serbuan turut melakukan pemeriksaan bagi kesalahan lain.
Sumber : CNA/IQ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan