Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Serangan di Boon Lay: 2 lelaki didakwa sebabkan cedera parah guna senjata berbahaya

Dua lelaki didakwa hari ini (9 Apr) atas kesalahan menggunakan pisau roti untuk menyerang dua mangsa di Boon Lay Drive.

Anggaran Waktu Membaca:
Serangan di Boon Lay: 2 lelaki didakwa sebabkan cedera parah guna senjata berbahaya

Muhammad Sajid Saleem (kiri) dan Niswan Thiruchelvam (Gambar: CNA)

SINGAPURA: Dua lelaki didakwa hari ini (9 Apr) atas kesalahan menggunakan pisau roti untuk menyerang dua mangsa di Boon Lay Drive.

Muhammad Sajid Saleem, 20 tahun dan Niswan Thiruchelvam, 19 tahun, masing-masing berdepan satu tuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata berbahaya.

Mereka hadir di Mahkamah Negara menerusi persidangan video dari tempat mereka ditahan reman. Kedua-duanya yang berpakaian kemeja-T berwarna putih tidak menunjukkan sebarang emosi ketika mendengar tuduhan yang dikenakan.

Hakim mengarahkan supaya mereka ditahan reman di penjara selama seminggu, dengan izin diberikan untuk mereka dibawa keluar bagi siasatan dan mengambil semula bahan bukti. Mereka akan kembali ke mahkamah pada 14 April.

Serangan yang dipercayai berlaku pada Rabu (6 Apr) itu dirakam menerusi video dan gambar yang tersebar luas di media sosial.

Polis menyatakan pihaknya menjawab beberapa panggilan meminta bantuan di Blok 175 Boon Lay Drive kira-kira pukul 5.00 petang pada Rabu.

Dua mangsa lelaki berusia 22 dan 23 tahun dibawa ke hospital. mereka mengalami beberapa luka pada bahagian kepala serta kaki dan tangan.

Kedua-dua suspek diberkas di Woodlands pada Khamis (7 Apr), menyusuli satu usaha memburu di merata Singapura. Siasatan awal mendedahkan bahawa mangsa dan suspek saling mengenali.

Pada Jumaat (8 Apr), kedua-dua suspek dibawa ke tempat letak kereta di mana serangan itu dipercayai berlaku bagi membantu dalam siastan.

Mereka diiringi oleh pegawai polis berpakaian preman, yang bertanya soalan kepada mereka dan juga membawa mereka ke sebuah kedai gunting rambut serta dua taman berhampiran.

Rakaman video, yang dilihat oleh Mediacorp, menyusuli kejadian itu menunjukkan kedua-dua lelaki tersebut mengacukan senjata mereka di lokasi yang dilihat seperti sebuah tempat meletak kereta.

Kedua-dua lelaki itu berjalan mundar-mandir dan dilihat melarikan diri sambil memegang senjata itu.

Wajah salah seorang mangsa dilihat berlumuran darah semasa dibantu oleh seorang lagi individu.

Mereka yang dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya boleh dihukum penjara seumur hidup atau dipenjara sehingga 15 tahun, didenda dan dikenakan sebatan rotan.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan