Serangan di Beach Road: Lelaki didakwa atas tuduhan cuba membunuh

Gambar: Rakaman Video
SINGAPURA: Seorang lelaki 46 tahun didakwa pada Sabtu (16 Apr) atas tuduhan cuba membunuh seorang wanita di Beach Road.
Cheng Guoyuan seorang warga China didakwa berkali-kali menyerang wanita yang berumur 42 tahun itu dengan menggunakan parang, menurut kertas tuduhan yang dikeluarkan hari ini (18 Apr).
Polis mendedahkan sebelum ini bahawa mangsa dipercayai isteri kepada pesalah.
Polis meminta orang ramai supaya mengelak daripada mengedarkan video tersebut dan membuat spekulasi tentang kes itu.
Jika sabit kesalahan cuba membunuh, dia berdepan hukuman penjara seumur hidup. Dia juga boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan rotan atau denda, atau kedua-duanya sekali.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.