Sepertiga ibu bapa di SG ragu dapatkan suntikan vaksin COVID-19 untuk anak
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Hampir sepertiga ibu bapa berasa ragu-ragu untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 bagi anak-anak mereka.
Faktor utama yang menyumbang kepada keraguan itu adalah tahap kepercayaan yang rendah terhadap doktor anak-anak mereka.
Demikian antara dapatan tinjauan ke atas 628 ibu bapa, termasuk dua pertiga rakyat Singapura, yang dijalankan antara November tahun lalu hingga Mac tahun ini oleh sekumpulan pediatrik dari Institut Perubatan Kanak-kanak Khoo Teck Puat – Universiti Nasional di Hospital Universiti Nasional (NUH).
Singapura mula menawarkan vaksinasi COVID-19 bagi kanak-kanak berusia antara enam bulan hingga empat tahun pada Selasa (25 Okt). Kanak-kanak antara usia lima hingga 11 tahun juga boleh mendapatkan suntikan dos penggalak bermula tarikh yang sama.
Dalam usaha menangani keraguan itu, para penyelidik mengesyorkan agar doktor-doktor mengukuhkan hubungan dengan ibu bapa.
Ibu bapa yang berasa ragu-ragu untuk mendapatkan suntikan vaksin bagi anak-anak mereka juga mempunyai tahap kepercayaan lebih rendah terhadap doktor anak-anak mereka. Hanya 41.8 peratus ibu bapa yang ragu terhadap vaksin mempunyai kepercayaan sepenuhnya terhadap doktor anak-anak mereka.
Sentimen yang sama juga dikongsi oleh 68.3 peratus ibu bapa yang akan membenarkan anak-anak mereka divaksin.
Tinjauan itu mendapati terdapat kaitan antara keraguan para responden dengan tahap pendapatan dan pendidikan.
Ibu bapa yang mempunyai pendapatan dan tahap pendidikan lebih tinggi kurang ragu-ragu untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 bagi anak-anak mereka.
Status vaksinasi ibu bapa juga memainkan peranan dalam keputusan yang diambil. Ibu bapa yang belum divaksin lebih bimbang untuk mendapatkan anak-anak mereka divaksin.
Satu lagi dapatan daripada kajian itu menunjukkan bahawa golongan bapa lebih ragu terhadap vaksin berbanding para ibu. Dalam kalangan bapa, 39.1 peratus daripada ragu terhadap vaksin berbanding 30.4 peratus dalam kalangan ibu.
Ibu bapa yang ragu-ragu untuk mendapatkan suntikan vaksin bagi anak-anak mereka juga kurang berkemungkinan memanfaatkan sumber-sumber seperti surat khabar untuk mendapatkan maklumat relevan.

Sumber : CNA/ZM/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.