Separuh siswazah masih menganggur 6 bulan selepas tamat pengajian dapat tawaran kerja: Gan Siow Huang
Anggaran Waktu Membaca:

Graduan Universiti Nasional Singapura (NUS) semasa majlis konvokesyen. (Gambar: Lionel Lin)
SINGAPURA: Separuh daripada responden dalam tinjauan pekerjaan siswazah universiti yang menganggur enam bulan selepas tamat pengajian berhasil menerima tawaran kerja, kata Menteri Negara Pendidikan Gan Siow Huang pada Jumaat (7 Mac).
Dalam kumpulan ini, dua pertiga akan mula bekerja "dalam masa terdekat", manakala baki sepertiga menolak tawaran atas pelbagai sebab.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan di Parlimen berdasarkan hasil Tinjauan Pekerjaan Siswazah Universiti Berautonomi yang diterbitkan pada Februari.
Daripada 12,500 siswazah baharu yang ditinjau pada 2024, 87.1 peratus sudah bekerja dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan peperiksaan akhir mereka, merosot daripada 89.6 peratus pada 2023.
Dalam kalangan mereka yang mendapat pekerjaan, 79.5 peratus memperoleh pekerjaan sepenuh masa, jatuh daripada 84.1 peratus pada tahun sebelumnya.
Pada Jumaat (7 Mac), Cik Gan berkata walaupun pasaran buruh ketat pada 2024, permintaan bagi pengambilan pekerja lebih rendah dan jawatan kosong berkurangan.
"Kami juga melihat sesetengah siswazah mengambil masa yang lebih lama untuk mendapatkan pekerjaan sepenuh masa pada 2024," tambahnya.
Faktor-faktor ini mungkin menyumbang kepada penurunan pada pekerjaan sepenuh masa dan peningkatan pengangguran yang dilaporkan dalam tinjauan itu, katanya.
Tetapi Cik Gan menyatakan bahawa tinjauan itu hanya memberikan "gambaran" pekerjaan pada tempoh enam bulan.
Menjawab soalan tambahan Anggota Parlimen Xie Yao Quan (PAP-Jurong), beliau berkata kadar pekerjaan untuk siswazah universiti berautonomi berumur 25 hingga 29 tahun kekal "stabil secara amnya" sepanjang 10 tahun lalu, bersama-sama dengan kadar pengangguran jangka panjang yang rendah.
"Pada 2024, kira-kira 95 peratus daripada siswazah universiti berautonomi yang bekerja dalam kumpulan umur ini bekerja sepenuh masa," katanya. "Ini menunjukkan bahawa siswazah kami tidak mengalami kesukaran mencari pekerjaan yang berkekalan."
Menjawab soalan mengenai sektor teknologi infokom (ICT) secara khusus, Cik Gan berkata: "Kami tahu bahawa terdapat sesetengah siswazah yang masih boleh mendapatkan ICT, yang boleh mendapatkan pekerjaan dengan sangat cepat dan masih ditawarkan gaji yang sangat tinggi.
"Tetapi permintaan sudah merosot, jadi kami juga melihat sesetengah siswazah yang merasakan bahawa mungkin jika mereka menunggu sedikit lagi, mereka mungkin masih boleh mencari pekerjaan dengan gaji yang sama menarik dan tinggi."
Menteri Pendidikan Chan Chun Sing kemudian bangkit untuk berucap, menekankan betapa pentingnya kemahiran dalam kehidupan kita.
"Ini bukan tentang berapa ramai siswazah yang kita hasilkan setahun," katanya. "Apa yang penting (ialah) mereka mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk mendapatkan pekerjaan yang baik - bukan sahaja ... dengan gaji permulaan yang baik, tetapi dengan trajektori yang baik."
Beliau turut menarik perhatian bahawa sesetengah negara mempunyai "hasil pekerjaan yang buruk" walaupun lebih 90 peratus daripada kohort itu menamatkan pengajian.
"Ia bukan setakat melayakkan diri ke universiti semata-mata untuk memburu kelayakan."
Encik Chan kemudian menekankan keperluan untuk Singapura mengambil pandangan jangka panjang tentang kemahiran yang diperlukan oleh pasaran pekerjaan, melangkaui satu hingga dua tahun akan datang dan memberi tumpuan kepada lima hingga sepuluh tahun akan datang.
"Apakah kemahiran yang akan membolehkan rakyat kita beralih kepada pekerjaan baharu yang mungkin dicipta dan mungkin tidak lagi wujud hari ini?"

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.