Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Separuh daripada lebih 4,000 asatizah ARS berusia bawah 36 tahun; 2 pertiga adalah wanita

Sekitar separuh daripada lebih 4,000 asatizah di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) berusia bawah 36 tahun, dengan hanya 10 peratus berusia 65 tahun dan ke atas.

Anggaran Waktu Membaca:
Separuh daripada lebih 4,000 asatizah ARS berusia bawah 36 tahun; 2 pertiga adalah wanita

Para asatizah menghadiri sebuah persidangan Jawatankuasa Asatizah Masa Depan (COFA) (Gambar Fail: MUIS)

SINGAPURA: Sekitar separuh daripada lebih 4,000 asatizah di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) berusia bawah 36 tahun, dengan hanya 10 peratus berusia 65 tahun dan ke atas.

Para asatizah wanita pula membentuk dua pertiga daripada kesemua asatizah ARS di Singapura.

Demikian didedahkan oleh Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli, semasa menjawab pertanyaan yang diajukan oleh Anggota Parlimen Parti Pekerja (WP) Faisal Manap di Parlimen hari ini (10 Mei).

Menurut Encik Masagos, seramai 60 peratus asatizah yang diiktiraf di bawah ARS memiliki sijil diploma atau ijazah dalam bidang pengajian Islam, dengan baki 40 peratus adalah guru-guru al-Quran dengan sijil kelayakan mengajar.

Selain profil para asatizah tempatan, Encik Faisal antara lain ingin tahu berapa ramai yang sudah dibantu menerusi zakat dan berapa ramai asatizah yang sudah dikenakan tindakan disiplin sejauh ini.

BANTUAN ZAKAT UNTUK ASATIZAH

Buat masa ini, sekitar 40 asatizah sudah dibantu menerusi sokongan zakat.

Malah sepanjang tempoh pandemik COVID-19, tambahan 500 asatizah menerima bantuan kewangan daripada Pakej Rahmah Pergas, yang disokong oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), menurut Encik Masagos.

TINDAKAN DISIPLIN KE ATAS ASATIZAH

Sejak Skim ARS diperkenalkan pada 2017, seramai 33 asatizah sudah dikenakan tindakan disiplin.

Daripada jumlah itu, 18 individu sudah dikeluarkan daripada senarai asatizah di bawah ARS, disebabkan isu-isu salah laku etika dan/atau doktrin.

Encik Masagos menekankan bahawa ARS memastikan para asatizah setempat, sebagai guru-guru agama yang bertauliah, mempunyai kelayakan agama yang sah serta memenuhi Kod Tatalaku ARS.

Setakat sehingga 31 Disember 2020, terdapat seramai 4,945 asatizah tempatan di bawah ARS. 

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan