Separuh air yang digunakan di rumah adalah untuk mandi, pam tandas
Hampir separuh daripada air yang digunakan di rumah adalah untuk mandi dan mengepam tandas, menurut agensi air kebangsaan, PUB hari ini (1 Mac).
SINGAPURA: Hampir separuh daripada air yang digunakan di rumah adalah untuk mandi dan mengepam tandas, menurut agensi air kebangsaan, PUB hari ini (1 Mac).
Dalam satu kajian yang dijalankan ke atas 400 keluarga pada 2016 dan 2017, PUB mendapati mandi kekal punca utama penggunaan air di rumah iaitu 27 peratus. Ini diikuti mengepam tandas iaitu 18 peratus dari keseluruhan penggunaan air, penggunakan di dapur 16 peratus dan air untuk membasuh pakaian, 15 peratus.
PUB juga mendapati dalam tinjauan penggunaan air terbarunya itu, lebih separuh alat jimat air yang dipasang di tandas, sinki dapur, paip mandi dan mesin basuh pakaian berkesan dalam mengurangkan penggunaan air di rumah.
PUB sudahpun melaksanakan beberapa program sejak beberapa tahun lalu untuk membantu keluarga-keluarga menjimatkan air.
Pada 2017, ia melancarkan projek tiga tahun untuk menggantikan dengan percuma tangki tandas lebih kecil di flat 1,100 keluarga yang menerima bantuan masyarakat.
Secara purata, keluarga-keluarga tersebut dapat mengurangkan 10 peratus penggunaan air setiap bulan. Sasaran projek itu ialah untuk mendekati 7,000 keluarga secara keseluruhannya.
Selain itu, PUB juga mengumumkan Program Mandi Bijak di 10,000 rumah baru di kawasan-kawasan yang banyak menggunakan air.
Program percubaannya sudahpun membantu 500 keluarga menjimatkan 5 liter air setiap orang pada setiap hari secara purata, sekaligus mengurangkan pengunaan air bulanan sebanyak 3 peratus.
PUB juga akan melancarkan kempen menjimat air tahunannya pada Sabtu ini.
Presiden Halimah Yacob menyertai lebih 4,000 orang yang akan membuat ikrar "I Save" sebagai mengisytiharkan komiten mereka untuk menimatkan air dan menangani perubahan iklim. PUB merancang untuk mengumpul 50,000 ikrar sepanjang am kempen selama sebulan ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.