Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Seorang pegawai SCDF cedera, 25 orang dipindahkan dalam kebakaran di Tuas

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Dec 2021 08:00AM Dikemas Kini : 28 Dec 2021 08:07AM

SINGAPURA: Seorang komander seksyen Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dibawa ke hospital selepas cedera sikunya semasa memadamkan kebakaran di estet perusahaan di Tuas pada Isnin (27 Dis).

Sekitar 25 penghuni di 9 Tuas South Avenue 10 itu juga mengosongkan bangunan tersebut sebelum operasi SCDF bermula.

Kebakaran melibatkan kandungan kontena sebuah trak yang diletakkan di tingkat empat bangunan itu, menurut SCDF dalam satu catatan Facebook.

SCDF dimaklumkan tentang kebakaran itu sekitar 5.30 petang.

Api berjaya dipadamkan dengan menggunakan jet buih udara mampat dan mesin pemadam api tanpa pemandu.

"Semasa operasi dijalankan, seorang Komander Seksyen SCDF cedera di bahagian sikunya," menurut SCDF.

"Beliau diperiksa terlebih dahulu oleh paramedik SCDF sebelum dihantar ke Hospital Besar Ng Teng Fong dalam keadaan sedar dan stabil."

Tiada kecederaan lain dilaporkan dan punca kebakaran masih disiasat.

"Operasi memadamkan api masih dijalankan," menurut SCDF dalam catatan Facebook pada jam 9.40 malam, untuk mengelakkan api daripada menyala lagi.

Sumber : CNA/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa