Seorang lelaki hilang selepas bot rekreasi & kapal bekalan bertembung di selatan SG
Anggaran Waktu Membaca:
Pemandangan kepulauan Selatan Singapura. (Gambar: SLA)
SINGAPURA: Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan untuk mengesan seorang individu yang hilang selepas pertembungan antara sebuah bot rekreasi dengan sebuah kapal bekalan, menurut Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) pada Jumaat (27 Mac).
Individu yang hilang itu berada di dalam bot rekreasi berkenaan apabila ia bertembung dengan kapal bekalan di perairan kepulauan selatan sekitar pukul 4.15 pagi Jumaat.
Dua lagi individu yang berada di dalam bot rekreasi tersebut berjaya diselamatkan dan berada dalam keadaan "selamat", menurut MPA.
"Semua orang di atas kapal bekalan sudah dikesan dan tiada kecederaan dilaporkan," tambah pihak berkuasa itu lagi.
Bot peronda MPA dikerahkan ke lokasi, bersama aset daripada Polis Pengawal Pantai dan Bahagian Marin Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).
"MPA sedang berhubung dengan waris individu yang hilang itu dan memberikan sokongan yang diperlukan," menurut pihak berkuasa.
"Siaran navigasi sudah dikeluarkan agar kapal-kapal di kawasan sekitar turut berwaspada."

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.