Seorang lelaki dan wanita akan didakwa, serang pegawai NEA di kawasan larangan merokok
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail: Today
SINGAPURA: Seorang lelaki dan wanita berusia 30-an tahun akan didakwa di mahkamah pada Jumaat (15 Dis) kerana menggunakan kekerasan jenayah dan menghamburkan kata-kata kesat terhadap dua pegawai penguatkuasa.
Pegawai Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) itu sedang membuat rondaan penguatkuasaan pada 6.50 petang, 23 Julai lalu dekat Orchard Link, iaitu di laluan sepanjang pusat beli-belah Ngee Ann City ke bangunan *Scape.
Apabila mereka nampak seorang lelaki, 33 tahun, dan seorang wanita, 38 tahun sedang merokok di kawasan larangan merokok, pegawai itu meminta mereka henti merokok dan mengeluarkan saman kerana tidak mematuhi peraturan.
Sejak 2019, kawasan awam di Orchard Road ditetapkan sebagai zon larangan merokok, di mana merokok hanya dibenarkan di tempat-tempat merokok yang ditetapkan sahaja.
Lelaki tersebut dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pegawai-pegawai itu. Dia juga menepuk kamera yang dipakai di badan salah seorang pegawai itu dan menarik lanyard yang dipakai di lehernya.
Wanita itu pula dikatakan menolak tangan seorang lagi pegawai itu dan cuba menyentuh mukanya.
Kedua-dua lelaki dan wanita itu kemudian diberkas.
Atas kesalahan menggunakan kata-kata kesat terhadap pegawai awam, mereka boleh dipenjara sehingga 12 bulan atau didenda sehingga S$5,000, atau kedua-duanya sekali.
Kesalahan menggunakan kekerasaan jenayah untuk menghalang pegawai awam daripada menjalankan tugasnya membawa hukuman penjara sehingga empat tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.
Dalam satu kenyataan media pada Khamis, polis menegaskan bahawa pihaknya memandang serius terhadap mereka yang menghalang pegawai awam daripada melakukan tugas mereka.
"Kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang secara terang-terangan mengabaikan undang-undang."

Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.