Skip to main content

Singapura

Seorang lelaki akan didakwa atas tuduhan cabul kehormatan wanita di Grand Prix SG

Anggaran Waktu Membaca:
Seorang lelaki akan didakwa atas tuduhan cabul kehormatan wanita di Grand Prix SG

Tangkapan skrin Google Street.

Diterbitkan : 05 Nov 2023 05:40PM
SINGAPURA: Dua lelaki berusia 36 dan 37 tahun akan didakwa di mahkamah pada Isnin (6 Nov) berhubung satu kejadian di Formula 1 Grand Prix Singapura tahun ini.

Lelaki berusia 36 tahun itu akan didakwa atas pertuduhan mencabul kehormatan manakala seorang lelaki, yang dikenalinya, menghadapi tiga pertuduhan kekerasan jenayah, secara sukarela menyebabkan kecederaan dan kekecohan.

Dalam sebuah kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada Ahad (5 Okt), Pasukan Polis Singapura menyatakan para pegawainya sedang meronda di kawasan Connought Drive pada 16 September lalu - hari kedua GP Singapura - apabila mereka berdepan dengan suatu perselisihan.

“Seorang lelaki berusia 36 tahun didakwa mencabul seorang mangsa wanita berusia 20 tahun,” kata polis.

Lelaki berusia 37 tahun itu kemudian didakwa bergaduh dengan seorang lelaki 25 tahun dan menolak seorang wanita 24 tahun semasa satu pergaduhan, tambah SPF.

Menurut video TikTok yang dimuat naik selepas kejadian itu - yang kini telah dipadamkan - wanita 24 tahun itu adalah kakak kepada wanita yang didakwa dicabul, manakala lelaki berusia 25 tahun itu adalah teman lelaki si kakak.

Bagi kesalahan mencabul kehormatan, pesalah boleh dipenjara sehingga tiga tahun, didenda, dirotan, atau kombinasi hukuman itu.

Kesalahan menggunakan kekerasan jenayah, membawa hukuman penjara sehingga 3 bulan, didenda sehingga S$1,500, atau kedua-duanya sekali.

Kesalahan menyebabkan kecederaan secara sukarela pula, membawa hukuman penjara sehingga 3 tahun, denda sehingga S$5,000, atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan bergaduh, pesalah boleh dipenjara sehingga setahun, didenda sehingga S$5,000, atau kedua-duanya sekali.

 
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita