Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Seorang lagi pengarah Cordlife diberkas di tengah-tengah siasatan salah urus unit darah tali pusat

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lagi pengarah Cordlife diberkas di tengah-tengah siasatan yang masih dijalankan ke atas kes salah urus darah tali pusat syarikat tersebut.

Menurut pemfailan ke Bursa Singapura pada Ahad (19 Mei), Cik Chen Xiaoling, pengarah bukan eksekutif dan bukan bebas dalam lembaga pengarah syarikat tersebut, dibebaskan dengan ikat jamin selepas disoal siasat Jabatan Ehwal Komersil (CAD) Pasukan Polis Singapura pada Rabu.

Ini merupakan pemberkasan kelapan berkait dengan kes berkenaan, yang diumumkan oleh syarikat itu.

"Pihak syarikat memahami bahawa kesalahan itu, di mana beliau diberkas dan dibebaskan dengan ikat jamin, adalah berkaitan dengan kemungkinan berlaku pelanggaran kewajipan syarikat memaklumkan tentang dengan suhu tidak teratur tangki simpanan kriogenik tertentu syarikat, yang pertama kali didedahkan oleh syarikat itu dalam pengumumannya bertarikh 30 Nov 2023," kata Cordlife.

Tujuh daripada tangki simpanan Cordlife terdedah kepada suhu melebihi had yang ditetapkan, merosakkan unit darah tali pusat milik sekurang-kurangnya 2,150 pelanggan. 17,000 lagi pelanggan mungkin terjejas.

Cik Chen merupakan salah seorang daripada empat pengarah yang tidak berpangkalan di Singapura yang dikehendaki menghadiri soal siasat polis pada 2 Apr. Tiga yang lain termasuk bekas pengerusi Joseph Wong Wai Leung, Encik Zhai Lingyun dan Encik Yiu Ming Yiu.

Cordlife menyatakan, pihaknya dimaklumkan bahawa Cik Chen sudahpun mendapat persetujuan CAD untuk menangguhkan temuduganya kepada 21 Mei.

Menurut laman Cordlife, Cik Chen dilantik sebagai pengarah syarikat tersebut pada 1 Dis 2021, dan kali terakhir dipilih semula pada 29 Apr 2022.

Beliau, merupakan calon pengarah Nanjing Xinjiekou Department Store, yang mempunyai 20.3 peratus kepentingan dalam Cordlife, dan memegang peranan-peranan selaku presiden penolong kanan dan pengarah kanan dalam syarikat tersenarai dalam Bursa Saham Shanghai.

Cik Chen juga merupakan seorang ahli lembaga penyelia Bank Tali Pusat Shandong dan ahli lembaga Findgene dan Dendreon AS, kata laman Cordlife.

Dalam pemfailannya, Cordlife mengatakan bahawa Cik Chen akan mengekalkan peranannya dalam lembaganya itu.

"Memandangkan Cik Chen akan menyelia dan memberi bimbingan berkait kerja-kerja berterusan yang dijalankan oleh
syarikat itu untuk menyiasat dan menangani kesilapan-kesilapan yang telah dikenal pasti oleh Kementerian Kesihatan (MOH) berhubung dengan operasi syarikat itu di Singapura, lembaga itu, Cik Chen menarik diri daripada perbincangan dan keputusan lembaga pengarah mengenai perkara ini - berpendapat bahawa ia adalah demi kepentingan syarikat untuk Cik Chen terus berkhidmat dalam lembaga pengarah, " menurut Cordlife.

"Pihak Lembaga akan terus mempertimbangkan dan menilai kesesuaian Cik Chen untuk terus berkhidmat dalam lembaga, dengan menantikan perkembangan berhubung siasatan tersebut."

Selain Cik Chen, tujuh individu lain berkait dengan Cordlife yang diberkas dan dibebaskan dengan ikat jamin berhubung kes tersebut adalah: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Poh Lan, ketua pegawai kewangan Thet Hnin Yi, pemangku pengerusi Ho Choon Hou, pengarah bebas Yeo Hwee Tiong dan Titus Jim Cheong Tuck Yan, pengarah bukan bebas dan bukan eksekutif Chow Wai Leong serta Encik Yiu, yang merupakan seorang lagi pengarah bukan bebas dan bukan eksekutif.

Syarikat itu akan memantau perkembangan siasatan tersebut dan akan memberi kerjasama sepenuhnya dengan semua pihak berkuasa, menurutnya, sambil menambah bahawa operasi kumpulan itu "akan berterusan seperti biasa".
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan