Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Seorang lagi pengarah Cordlife diberkas berhubung siasatan salah urus unit darah tali pusat

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lagi pengarah Cordlife diberkas di tengah-tengah siasatan yang dijalankan ke atas kes salah urus darah tali pusat syarikat tersebut. Ia sekali gus membawa jumlah keseluruhan pemberkasan yang dikaitkan dengan kes berkenaan kepada seramai Sembilan individu.

Berdasarkan pemfailan yang dibuat di Bursa Singapura (SGX0 pada Isnin (29 Jul), syarikat tersebut menyatakan bahawa seorang lagi pengarahnya, Encik Zhai Lingyun, diberkas pada 25 Julai lalu dan dibebaskan dengan ikat jamin, selepas disoal siasat oleh Jabatan Ehwal Komersil (CAD) Pasukan Polis Singapura.

Cordlife sebelum ini mengumumkan Encik Zhai, pengarah bukan eksekutif dan bukan bebas dalam lembaga pengarah syarikat tersebut, perlu menghadiri sesi soal siasat dengan CAD tetapi ditangguhkan.

Tujuh daripada tangki simpanan Cordlife terdedah kepada suhu melebihi had yang ditetapkan, merosakkan unit darah tali pusat milik sekurang-kurangnya 2,150 pelanggan. Lagi 17,000 pelanggan mungkin terjejas.

"Pihak syarikat memahami bahawa kesalahan itu, di mana beliau diberkas dan dibebaskan dengan ikat jamin, adalah berkaitan dengan kemungkinan berlaku pelanggaran kewajipan syarikat memaklumkan tentang dengan suhu tangki simpanan kriogenik tertentu syarikat, yang pertama kali didedahkan oleh syarikat itu dalam pengumumannya bertarikh 30 Nov 2023," menurut Cordlife.

Pengarah bukan eksekutif dan bukan bebas Cik Chen Xiaoling, Encik Yiu Ming Yiu dan Encik Chow Wai Leong, Ketua Pegawai Kewangan Cordlife Cik Thet Hnin Yi, mantan CEO Kumpulan syarikat Tan Poh Lan, pemangku pengerusi Ho Choon Hou serta pengarah bebas Yeo Hwee Tiong dan Titus Jim Cheong Tuck Yan sebelum ini diberkas dan dibebaskan dengan ikat jamin.

Seorang lagi pengarah dan mantan pengerusi Joseph Wong Wai Leung dikehendaki menghadiri soal siasat polis pada April lalu, tetapi memaklumkan CAD bahawa dia tidak dapat berbuat demikian atas sebab kesihatan dan "tidak pasti tarikh soal siasat seterusnya sementara menunggu persetujuan CAD".

Menurut laman Cordlife dan pemfailan ke SGX yang berasingan, Encik Zhai pertama kali dilantik sebagai pengarah bukan eksekutif dan bukan bebas syarikat tersebut pada Disember 2019 dan terakhir kali dipilih semula pada April 2013.

Dia juga merupakan pengerusi Farmaseutikal Dendreon, sebuah syarikat imunoterapi yang berpangkalan di California, dan Shandong Cord Blood Bank, sebuah syarikat pemeliharaan sel tunjang darah tali pusat yang berpangkalan di China.

Dalam pemfailannya, Cordlife menyatakan bahawa Encik Zhai mengekalkan peranannya dalam lembaga tersebut memandangkan beliau telah "menyelia dan memberi bimbingan" kepada kerja yang dilakukan syarikat tersebut untuk menyiasat dan menangani kelemahan, yang dikenal pasti oleh Kementerian Kesihatan (MOH) berkaitan operasi syarikat itu di Singapura.

"Lembaga syarikat akan terus mempertimbangkan dan menilai kesesuaian Encik Zhai untuk terus berkhidmat dalam lembaga, dengan menantikan perkembangan berhubung siasatan tersebut."

Syarikat darah tali pusat privet itu akan terus mengikuti dan memantau perkembangan siasatan tersebut dan akan memberi kerjasama sepenuhnya dengan semua pihak berkuasa, menurutnya, sambil menambah bahawa operasi kumpulan itu "akan diteruskan seperti biasa".
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan