Skip to main content

Singapura

Seorang lagi pembantu rumah didenda bergaduh di tempat awam

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lagi pembantu rumah didenda S$1,000 oleh mahkamah kerana bergaduh dengan beberapa pembantu rumah lain berdekatan Stesen MRT Paya Lebar.

Rakaman video tersebut tular di media sosial.

Maesaroh, seorang warga Indonesia 35 tahun, mengaku bersalah pada Selasa (17 Sep), atas satu tuduhan bergaduh di tempat awam antara dua kumpulan pembantu rumah.

Kumpulan pertama merangkumi Maesaroh dan rakannya, seorang lagi tertuduh, Sriani, yang pertama untuk mengaku bersalah dan didenda S$1,000 bulan lalu.

Permit kerja Sriani dibatalkan selepas di disabit kesalahan.

Kumpulan kedua pembantu rumah warga Indonesia merangkumi Sulastri, 44 tahun, Siti Rukayah, 47 tahun dan Nita Widia Rahayu, 34 tahun.

Pergaduhan tersebut, yang berlaku pada 19 Mei, berlaku selepas Sriani memuat naik video di TikTok di mana dia menghina Sulastri.

Sriani meminum alkohol di sebuah
parti pada hari yang sama, pukul 11.00 pagi, dan tertidur di sudut berhampiran Budget Value Shop di Paya Lebar Square pada pukul 2.00 petang.

Kumpulan yang merangkumi Sulastri, Siti dan Nita dan pembantu lain berkumpul di Tanjong Katong Complex, apabila Siti mencadangkan untuk bersemuka dengan Sriani di Paya Lebar Square, atas catatannya di TikTok.

Pada kira-kira pukul 2.40 petang, kumpulan itu menemui Sriani dalam keadaan tertidur. Sulastri kemudian menendang tangannya, yang membuatnya terbangun.

Selepas pertengkaran yang sengit di antara kedua-dua kumpulan, mereka mula bergaduh dan menarik perhatian hampir 50 orang awam.

Seorang individu menghubungi polis dan pembantu rumah tersebut diberkas.

Maesaroh tidak diwakili peguam di mahkamah dan tidak mengatakan apa-apa ketika rayuan bagi meringankan hukuman dibuat.

Sulastri dan Siti dijadualkan untuk mengaku bersalah pada Selasa, namun diberi penangguhan lanjut hingga Oktober, kerana mereka sedang menunggu keputusan sama ada mereka boleh diwakili di bawah Skim Bantuan Guaman Jenayah (CLAS).

Nita dijadualkan untuk mengaku bersalah pada 9 Oktober. Dia memberitahu bahawa permohonan CLASnya ditolak, dan majikannya tidak akan mendapatkan khidmat peguam untuknya.

Hukuman bergaduh di tempat awam adalah penjara sehingga setahun, denda sehingga S$5,000, atau kedua-duanya sekali.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita