Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Seorang lagi guru prasekolah diberkas kerana didakwa pukul budak lelaki di tajaka Choa Chu Kang

Anggaran Waktu Membaca:
Seorang lagi guru prasekolah diberkas kerana didakwa pukul budak lelaki di tajaka Choa Chu Kang

Gambar: Facebook/Nabella GafJaf

Diterbitkan : 29 Aug 2023 10:53PM Dikemas Kini : 29 Aug 2023 11:58PM

SINGAPURA: Seorang wanita berusia 48 tahun diberkas pada Selasa (29 Ogos) setelah sebuah rakaman video baharu tersebar di media sosial.

Rakaman video berkenaan memaparkan seorang guru prasekolah Kinderland yang didakwa memukul seorang kanak-kanak.

Ia sekali gus merupakan kali kedua seorang guru prasekolah ditangkap minggu ini atas kesalahan menganiaya kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

Dalam video tersebut yang dimuat naik pada pagi Selasa (29 Ogos), guru tersebut dilihat menyerahkan botol air dengan kasar kepada seorang kanak-kanak lelaki sebelum menampar kepalanya beberapa kali lalu menolaknya.

Seorang lagi kanak-kanak pula duduk di hadapan guru terbabit, dengan dia dilihat meletakkan kakinya di atas kerusi di kedua-dua belah kanak-kanak itu.

Insiden tersebut dipercayai berlaku di prasekolah Kinderland di Sunshine Place di Choa Chu Kang.


"Seorang wanita berusia 48 tahun kemudian diberkas atas kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan dengan hukuman lebih tegas bagi kesalahan terhadap individu di bawah usia 14 tahun," dedah polis dalam satu kenyataan yang dikemas kini.

Polis menambah bahawa pihaknya telah dimaklumkan mengenai kes tersebut pada sekitar 11.40 pagi pada Selasa.

Polis sebelum ini mengesahkan bahawa aduan polis telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan.

Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) memberitahu Mediacorp bahawa ia telah dimaklumkan mengenai rakaman video berkenaan pada Selasa.

Seorang jurucakap bagi agensi tersebut menyatakan bahawa pihaknya sedang menyiasat kes berkenaan.

"Sementara itu, ECDA sudahpun mengarahkan pengendali prasekolah tersebut untuk memberi sokongan dan bimbingan rapi kepada guru-guru mereka dalam pengurusan bilik darjah, demi memastikan keselamatan dan kebajikan kanak-kanak yang dimasukkan ke sekolah tersebut."

Ia menekankan bahawa keselamatan dan kebajikan kanak-kanak di prasekolah menjadi keutamaan dan ia "memandang serius terhadap sebarang kes pengendalian kanak-kanak yang tidak wajar".

"Prasekolah dikehendaki untuk melaporkan kepada ECDA sebarang insiden yang mendatangkan kesan terhadap keselamatan kanak-kanak dan kakitangan. ECDA akan mengambil tindakan susulan bagi setiap insiden pengendalian kanak-kanak yang didakwa tidak wajar, seperti dengan melakukan lawatan ke prasekolah secara mengejut, wawancara dan pengesahan rekod," nyata agensi tersebut.

Video berkenaan tersebar selang sehari selepas tular rakaman seorang lagi guru yang didakwa bertindak kasar dengan kanak-kanak di prasekolah Kinderland di Woodlands Mart.

Wanita berusia 33 tahun itu telah diberkas pada Isnin, menurut SPF. Dia akan didakwa di mahkamah pada Rabu atas kesalahan menganiaya seorang kanak-kanak.

Jika didapati bersalah, dia boleh dihukum penjara sehingga lapan tahun, didenda sehingga S$8,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan