Skip to main content

Singapura

Seorang dibawa ke hospital selepas kebakaran rumah di Simon Lane

Anggaran Waktu Membaca:
Seorang dibawa ke hospital selepas kebakaran rumah di Simon Lane

Bahagian depan sebuah rumah di Simon Lane hangus selepas kebakaran pada 5 September 2026. (Gambar: CNA/Alison Jenner)

Diterbitkan : 05 Sep 2026 10:28PM
  • Kebakaran melanda sebuah rumah dua tingkat di Simon Lane, Singapura pada 5 September, menyebabkan seorang individu terhidu asap dan dibawa ke Hospital Besar Singapura.
  • Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menggunakan tiga jet air untuk memadamkan api, sementara sekitar 30 penduduk rumah berdekatan dipindahkan demi keselamatan.
  • Seorang anggota bomba mengalami kecederaan ringan, manakala rumah bersebelahan turut mengalami kerosakan struktur akibat kebakaran tersebut.
  • Punca kebakaran masih dalam siasatan, dan kerja-kerja membasahi kawasan diteruskan bagi mengelakkan api marak semula.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Seorang individu dibawa ke hospital selepas terhidu asap dalam kebakaran yang melanda sebuah rumah dua tingkat di Simon Lane pada Sabtu (5 Sep).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan ia dimaklumkan mengenai kebakaran itu sekitar 3.00 petang.

Ketika anggota bomba tiba, rumah dua tingkat tersebut sedang dijilat api.

Para anggota bomba menggunakan tiga jet air untuk mengepung, mengawal dan memadamkan kebakaran itu.

Seorang penghuni rumah yang terjejas sudah keluar dari rumah tersebut sebelum SCDF tiba.

Semasa operasi, sekitar 30 orang dipindahkan dari rumah-rumah berdekatan.

Menurut SCDF, seorang individu dari salah sebuah rumah berdekatan diperiksa kerana terhidu asap sebelum dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH).

Seorang anggota bomba pula terseliuh buku lali semasa operasi tersebut, namun tidak perlu dibawa ke hospital dengan ambulans.

SCDF menambah rumah bersebelahan turut mengalami kerosakan pada sebahagian strukturnya.

Kerja-kerja membasahi kawasan terjejas masih dijalankan bagi mengelakkan api daripada marak semula.

Punca kebakaran sedang disiasat.
Related article image
Kebakaran melanda sebuah rumah dua tingkat di Simon Lane pada 5 September 2026. (Gambar: Facebook/SCDF)
Seorang pembaca CNA, Sophie Wei, yang menetap di Kovan, berkata beliau terlihat api berwarna jingga terang dan asap tebal sekitar 3.20 petang.

Menurutnya, api dan asap itu dapat dilihat dari jarak yang agak jauh, dengan kebakaran merebak ke seluruh bangunan dan sebahagian bumbung.

Sekitar sejam kemudian, beberapa bahagian bumbung kelihatan runtuh manakala sebahagian struktur rumah itu hangus akibat kebakaran.

Cik Wei berkata selepas kebakaran itu pada awalnya kelihatan berjaya dikawal, api dan asap kelihatan semula sekitar 5.50 petang.
Related article image
Anggota SCDF menyembur air ke arah rumah yang terjejas akibat kebakaran di Simon Lane pada 5 Sep 2026. (Gambar: CNA/Alison Jenner)
Sekitar 9.15 malam, kenderaan SCDF masih berada di lokasi sedang para anggotanya terus menyembur air di sekitar rumah tersebut.

Bahagian depan rumah itu kelihatan hangus manakala bau asap masih dapat dihidu di kawasan berkenaan.
Sumber : CNA/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita