Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sentosa, RWS pasang panel suria di 18 lokasi sebagai usaha neutral karbon

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sentosa dan Resorts World Sentosa (RSW) memulakan penggunaan panel suria berskala besar untuk menjana tenaga di seluruh pulau itu mulai bulan ini. Ia sebahagian daripada usahanya untuk meneutralkan karbon menjelang 2030. 

Panel-panel suria itu akan dipasang di 18 tempat baru termasuk Palawan Kidz City, Beach Station, Universal Studios Singapore (USS) dan Hotel Hard Rock Hotel, menurut Perbadanan Pembangunan Sentosa (SDC) pada Rabu (15 Jun). 

Ini menandakan detik penting pertama bagi tenaga yang boleh diperbaharui di bawah peta hala tuju Kemampanan Sentosa yang dilancarkan pada September tahun lalu. 

Di bawah peta hala tuju itu, Sentosa komited untuk menjadi destinasi neutral karbon menjelang 2030 dan "destinasi pelancongan mampan yang diiktiraf serta diperakui sedunia".

Ia juga sedang mengkaji sumber-sumber tenaga boleh diperbaharui yang lain, seperti tenaga pasang surut dan jentera elektrik yang menjana tenaga daripada sampah, sebagai sebahagian strategi jangka panjangnya. 

Projek-projek berskala kecil sedang dirintiskan dengan tujuan untuk memperluaskan pengunaan panel suria sekiranya ia terbukti berjaya. Sentosa menyasarkan untuk menjana 10 peratus penggunaan elektriknya melalui tenaga yang boleh diperbaharui di pulau itu menjelang 2030. 

DIPASANG DI 18 TEMPAT, TENDER DILANCARKAN

SDC membuka tender pada Rabu (15 Jun) untuk pemasangan sel-sel suria, sekali gus menandakan buat pertama kali bumbung bangunan dengan tempoh sewa yang berbeza digabungkan sebagai tender tunggal. 

Ini akan termasuk tujuh tempat seperti di Palawan Kids City, Beach Station dan tiga stesen kereta kabel Laluan Sentosa. 

Tempat-tempat itu dipilih setelah mengambil kira ketersediaan cahaya matahari dan memastikan pemandangan pengunjung sepanjang di Sentosa tidak terhalang. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan