Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sentosa labuhkan tirai sambutan jubli emas; perkenal arca raksasa di Pantai Palawan hingga 2024

Anggaran Waktu Membaca:
Sentosa labuhkan tirai sambutan jubli emas; perkenal arca raksasa di Pantai Palawan hingga 2024

Seni arca 'Little Lyn'. (Gambar: Sentosa)

Diterbitkan : 13 Dec 2022 03:01PM Dikemas Kini : 13 Dec 2022 03:02PM

BERITAmediacorp: Sentosa melabuhkan tirai sambutan jubli emasnya dengan melancarkan sebuah keluarga seni arca gergasi oleh Perbadanan Pembangunan Sentosa (SDC).

Keluarga empat anggota itu yang terdiri daripada 'Little Lyn', 'Reef the Chief', 'Curious Sue' dan 'Dreamer Dee' ditempatkan di Pantai Palawan di Sentosa.

Seni arca raksasa tersebut, yang juga dikenali sebagai 'Peneroka Sentosa' atau 'Explorers of Sentosa', merupakan sentuhan ilham seorang artis kitar semula terkemuka yang berpangkalan di Copenhagen, Thomas Dambo.

Seni pemasangan tersebut bertujuan untuk menawarkan pengalaman yang berlandaskan kemampanan, iaitu sejajar dengan keperluan strategik SDC.

Seiring dengan seni arca hasil Encik Thomas dari seluruh dunia termasuk Australia, Perancis dan Korea Selatan, 'Peneroka Sentosa' turut menggabungkan dengan rapi unsur penceritaan dan penggunaan semula bahan-bahan mapan, dalam menyampaikan mesej kemampanan itu.


Dalam usahanya menyuntik nafas baru kepada bahan-bahan mapan yang digunakan semula untuk mereka seni pemasangan tersebut, pameran terbaru itu ditampilkan di sekitar cerita dongeng tentang bagaimana Bahan Eternity buatan manusia boleh mengganggu sekitaran semula jadi.

Seberat hampir 5.5 tan - kira-kira serupa beratnya dengan tiga kereta komersial, seni arca tersebut dibina menggunakan kayu tebus guna seperti palet dan papan lantai, yang disumbangkan oleh perusahaan tempatan. Malah, setiap arca dipercayai mengambil masa kira-kira 700 jam untuk dibina.

Seni arca tersebut boleh ditemui di sepanjang Pantai Palawan sehingga 2024. Orang awam boleh mengunjungi seni arca tersebut secara percuma sepanjang tahun depan.
 

Sumber : BERITA Mediacorp/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan