Sentosa Development Corporation lantik pengerusi baru
Sentosa Development Corporation (SDC) sudah melantik Encik Bob Tan Beng Hai sebagai pengerusi.
Encik Bob Tan. (Gambar: MTI)
SINGAPURA: Sentosa Development Corporation (SDC) sudah melantik Encik Bob Tan Beng Hai sebagai pengerusi. Demikian diumumkan oleh Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI), pada Rabu (20 Mac).
Pelantikan itu berkuat kuasa pada 1 Apr.
Encik Tan juga adalah pengerusi lembaga Jurong Engineering, ASCOTT Resident Trust Management, SINGEX Holdings dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE).
Beliau akan menggantikan Encik Moses Lee, yang akan melepaskan jawatannya setelah selesai khidmat tempohnya pada 31 Mac.
Dalam satu kenyataan media, MTI menyatakan bahawa sejak beliau menyandang jawatan sebagai pengerusi pada 2013, Encik Lee sudah memainkan peranan utama dalam memperluaskan kepelbagaian acara-acara utamanya. Beliau juga menjadikan pulau itu lebih mudah diakses dengan melanjutkan tawaran untuk masuk secara percuma kepada masyarakat tempatan.
MTI menekankan bahawa rakan-rakan kerja utama seperti Madame Tussauds dan Kidzania sudahpun beroperasi di Sentosa. MTI juga menambah bahawa pulau itu sudah menganjurkan beberapa acara penting seperti sidang puncak Trump-Kim yang diadakan buat julung-julung kalinya dan Forum Ekonomi Baru Bloomberg.
SDC juga melantik dua anggota baru ke lembaga itu - Cik Ang Shi-Huei adalah pengasas bersama dan CEO Klareco Communications, dan Encik Andrew Lim Ming-hui adalah rakan kerja dan ketua bersama bagi pemerolehan penggabungan korporat di firma undang-undang Allen and Gledhill.
Anggota lembaga berikut sudah dilantik semula:
Cik Diana Ee-Tan, pengerusi, Mount Faber Leisure Group
Cik Eugene Ho, pegawai ketua strategi, Deloitte South East Asia & Deloitte Consulting Asia Pacific; pengarah timbalan pengurus rantau, Deloitte Consulting South East Asia; dan pelanggan, ketua jelajah & pengangkutan, Deloitte South East Asia
Cik Eugene Leong, CEO Agensi Pembangunan Pendidikan Awal
Cik Rita Soh Siow Lan, pengarah, RDC Architects
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.