Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sentosa, destinasi pulau pertama di Asia diiktiraf atas usaha kemampanan

Anggaran Waktu Membaca:
Sentosa, destinasi pulau pertama di Asia diiktiraf atas usaha kemampanan

Pantai di pulau Sentosa, Singapura. (Gambar: Unsplash/Annie Spratt)

SINGAPURA: Sentosa ialah destinasi pulau pertama di Asia diiktiraf di peringkat global atas usaha memperjuangkan kemampanan.

Dalam kenyataan media pada Selasa (16 Ogos), Sentosa Development Corporation (SDC) menyatakan bahawa ia dianugerahi sijil Majlis Pelancongan Berdaya Mampan Sejagat – Bagi Destinasi.

Sentosa ikut menyertai lagi 23 destinasi lain yang diiktiraf kemampanannya seperti Vail, Colorado dan Snæfellsnes Peninsula di Iceland.

Manakala, Resorts World Sentosa memperolehi pensijilan bagi destinasi dan kriteria-industri pada 2021.

Penganugerahan sijil tersebut mengesahkan lagi "dorongan kuat (SDC) bagi usaha bersama dan kerjasama seluruh pulau ke arah mencapai Sentosa yang lebih mampan."

SDC menyatakan bahawa pensijilan itu merupakan satu pencapaian besar bagi pihaknya dan Rangkaian Sifar Karbon Sentosa.

Rangkaian Sifar Karbon Sentosa merupakan perikatan awam-swasta untuk membantu mencapai matlamat kemampanan Sentosa, termasuk sifar karbon menjelang 2030.

Pada tahun 2021, SDC menyatakan rangkaian itu "akan membangunkan huraian kemampanan di seluruh Sentosa, melalui perkongsian sumber dan kepakaran, sambil memanfaatkan skala ekonomi dan jaringan sama untuk memperkenalkan huraian berskala besar."

Ketua Pegawai Eksekutif SDC, Cik Thien Kwee Eng berkata syarikat itu akan terus bekerjasama dengan sektor awam dan swasta untuk memenuhi keperluan pelancong yang semakin cenderung kepada tawaran berdaya mampan.

SDC menyatakan sebagai destinasi berdaya mampan yang diiktiraf, Sentosa akan terus menyokong Pelan Hijau Singapura 2030 demi membina Singapura yang mampan untuk generasi warga Singapura serta pelancong global yang akan datang.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan