Sentosa berubah wajah jadi dunia 'Wicked' — Pengalaman imersif bertema sepanjang musim cuti sekolah!
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pemasangan imersif berwarna hijau dan merah jambu mengikut tema filem 'Wicked: For Good' menghiasi Sentosa sehingga 4 Januari 2026. Suatu tempat harus dikunjungi peminat filem Wicked pada musim cuti sekolah ini.
Ini termasuk Glinda’s Bubble, di mana anda boleh mengambil gambar berlatarbelakangkan pemandangan Munchkinland; Yellow Brick Road yang ikonik, lengkap dengan lampu berkilauan di Sentosa Sensoryscape; dan Elphaba's Hat, topi setinggi 9 meter yang terletak di Lookout Loop, Sentosa Sensoryscape.
Berikut beberapa sudut pemasangan ini yang anda boleh terokai:
1. Pertunjukan lampu imersif yang percuma di Lake of Dreams Resorts World Sentosa (RWS).
Limitless Lights: An Ozmopolitan Display of Music & Lights diadakan pada jam 7.30 malam, 8.30 malam dan 9.30 malam setiap hari. Pada hujung minggu dan malam sebelum cuti umum, terdapat pertunjukan tambahan pada jam 10.30 malam.

2. Ambil gambar 'photobooth' di RWS.
Untuk S$12, anda boleh ambil gambar di 'photobooth' dengan rekaan gambar bertema 'Wicked'.

3. Bergambar di 'Glinda's Bubble' dan 'Elphaba's Hat' ikonik.
'Glinda's Bubble' ini mengajak para pengunjung untuk melangkah masuk dan dikelilingi oleh bunga tulip yang berwarna-warni sambil melihat dunia dari sudut pandang Glinda di Sensoryscape.
Anda juga boleh bergambar dengan Elphaba's Hat, topi setinggi 9 meter yang terletak di Lookout Loop, Sentosa Sensoryscape.

4. Peluang jumpa watak Glinda & Elphaba di USS.
Bagi mereka yang sudah merancang untuk ke Universal Studios Singapore, anda juga berkemungkinan dapat berjumpa dengan watak-watak filem tersebut.

Senarai lengkap pemasangan tersebut boleh didapati di laman sentosa.
Sumber : BERITA Mediacorp/SF/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.