Sentimen perniagaan di SG semakin baik buat suku kedua berturut-turut
Bagaimanapun, masa depan bagi pelbagai sektor perniagaan bercampur-campur.
Demikian menurut indeks suku tahunan Biro Kredit Komersil Singapura (SCCB), yang mengukur tahap keyakinan perniagaan di isni berdasarkan respons daripada 200 pemilik perniagaan.
Indeks tersebut naik 4.48 mata peratusan pada suku pertama 2023.
Ia tinggi sedikit daripada suku sebelumnya, namun masih lebih rendah jika dibandingkan dengan tempoh yang sama tahun lalu.
Namun,masa depan bagi pelbagai sektor perniagaan bercampur-campur.
Sentimen perniagaan kekal lemah bagi sektor borong, namun sektor seperti pengilangan dan binaan optimis tentang masa depan perniagaan.
"Saya rasa terdapat beberapa sebab bagi kita untuk berasa optimistik, kerana beberapa sektor yang tidak menunjukkan prestasi yang baik, seperti pengilangan, sedang menncatat pemulihan," kata Jeff Ng, Ketua Strategi Makro Asia, Sumitomo Mitsui Banking Corporation.
"Pada masa yang sama, sektor-sektor lain yang menunjukkan prestasi yang baik berkemungkinan menikmati pertumbuhan sederhana pada tahun depan."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.