Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Seniman Wahid Satay meninggal dunia pada usia 93 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Seniman legenda Wahid Satay atau nama sebenar Abdul Wahid Ahmad menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 93 tahun pada Isnin (22 Mei).

Salah seorang cucu Allahyarham, Mahirah Mohd Yasin, memberitahu BERITAmediacorp bahawa Allahyarham ditemui dalam keadaan sudah tidak bergerak di katil pada sekitar pukul 8.30 pagi di rumahnya di Teban Gardens.

Allahyarham mempunyai penyakit kencing manis dan jantung semasa hayatnya.

Allahyarham malah dimasukkan ke hospital pada bulan lalu akibat jangkitan di jari kakinya dan disahkan doktor mengalami serangan jantung ringan ketika itu.

"Selepas Allahyarham balik dari hospital, dia kelihatan okay saja dan bahkan, semangat untuk beraya dengan anak dan cucunya," ujar Cik Mahirah.

Beliau meluahkan rasa terkilan dengan pemergian datuknya yang tersayang.

Jenazah akan disolatkan di Masjid Pusara Aman selepas zuhur sebelum dikebumikan.

SEORANG ANAK SENI

Allahyarham merupakan antara seniman terkemuka dan orang lama Jalan Ampas, ketika zaman kegemilangan filem Melayu pada era 50-an dan 60-an.

Antara filem-filem terkenal yang mengharumkan nama Wahid Satay termasuk Badang, Anak Dara dan Pontianak.

Allahyarham menerima nama panggungnya 'Wahid Satay' itu daripada filem Pontianak, lakonan beliau bersama Maria Menado, di mana beliau bekerja sebagai penjual sate yang diganggu Pontianak tersebut.
Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan